Saturday, January 12, 2013

kerana kasih sayang Nya



petang ini ana.....
petang ini ana menangis....
kalah lagi...
habes azam ktanya enggan menangis tanpa sebab, nah.. mengalir sudah
ad0y [geleng2]
" menangislah, if u cry x bermakna u lemah" - quoted by my besties - <3
smtimes kita xtahu pn kenapa kita nangis, idiopathic bak kata student medic, tapi yang pasti..
itu mechanism jiwa kita,
untuk tenteramkan hati y sedang demam, yang sakit,yang sedang kurang stabil..
kurang makanan ruhi nya mungkin...

mungkin jugak..
Allah nak suruh cari
kat mana yang kurang, untuk akhiratNya, 
yang mana kita dah over2 kan
untuk duniaNya
nak kita muhasabah
suruh kita recheck hubungan kita dengan Dia
hubungan dengan makhluk2 yang lain

bismilllahirrahmanirrahim,
dengan nama Nya, kita hidup, ingat x ni?
dengan nama Nya Ya Latiff,
kita mampu bergelak ketawa, berjalan. masih mampu berguling-guling 
di dunia penuh fatamorgana ni,

Jadi, kalau lah tnpa kasih sygNya,
kita takkan ada d tempat kita sekarang,
puncak kejayaan ke...
tengah2 ke
atau jatuh ke gaung kemelesetan
semua 2 atas keizinanNya
dan Allah dah claim dlm Quran, takkan sesuatu itu dicipta sia2..
kejayaan itu bukan sia2
kemelesatan,kejatuhan itu pn bukan sia2.
soo, boleh la k0t
st0p blame kenapa aku susah, kenapa dia senang..
x adil lahhhhh..
siapa? Allah kah?
ke diri y slalu zalim pada diri sniri?

Bila Allah suh sabar, xnak..
asyik nak sakitkan hati orang lain..
susahkan org lain bila rasa x puas hati dgn dia
bila orang da buat baik dgn kita
xnak bersykur
xnak berterima kasih pda dia
padahal dialah perantara pertolongan Allah dgn seorang hamba..
kalau bukan dia, iAllah Allah bg org lain,
tapi Allah pilih dia, pasti ada sebabnya...
astaghfirullah3~

okay lah
buat muslimah muslimin mengenali jiwa ini,
firstly, jazakumullah khair ats segalanya
ats semua ptolongan
ats semua tolak ansur
sbb ana byk kurangnya,
dari segi apa pun.
mohon halal segalanya

untuk semua anak2 usrah,
maafkan kekurangan penyampaian ana spnjg mbwa antunna
y pasti, ana myampaikan bukan bermakna ana y tbaik
ttapi atas amanah dan kepercayaan..
seorang da'ie itu tidak boleh tidak menjadi murabbi..
berbahagialah kalian,
dipilih utk jalanNya
j0m sma2 pimpin tangan kita
dan tangan y lainnya ke syurga Dia!



nota kaki : akan memulakan study week slma sminggu bermula malam ni! doakan ana dan kwn2 sekelas, junior n senior ya? iAllah~ :)


Our Lord! Let not our hearts deviate from the truth after You have guided us, and bestow upon us mercy from Your grace. Verily You are the Giver of bounties without measure. (3:8)

Monday, September 10, 2012

separuh jiwa

bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbr,

Lama sgt3 da tak menitip kata kat blog ni, kan3? hmm apa khabar? salam aidilfitri, maaf zahir batin ye semua. Asif lma x update bl0g. Agak sibuk dengan kelas & makmal & peperiksaan . Alhamdulillah3, selamat sudah, kini ana dan kawan2 sudah bergelar pelajar pergigian tahun 3 ^_________^
syukran jazilan ats sokongan dan doa semua.

Hm, kali ni p0st ana nk cerita psl adik ana yang tercinta, she will be leaving for mesir on 24th, h0nestly, ana n seluruh siblings feeling sgt3 sedih utk lepaskan adik ana tuh. Yep, she leave for good, tapi3 kit0rang x pernah lg berpisah y jauh3 sgt, our parent pun every 2,3 weeks akn dtg ziarah kami adk beradik kat KL ni, so if 0ne gone, separuh jiwa pergi jugak.

Pampered? no lah, parent agak tegas, with 4 kids, 1 b0y n 3 girls, my siblings are like apples ripe fr0m a big strong great tree, they are the m0st wonderful parent we ever need. They educate, they enc0urage, they empower us to bec0me who we are t0day. My brother n0w is in his 5th year doing medical, my y0ungest sis in intec, doing A level for law iAllah will be pursuing at UK.

Alhamdulillah3, semua 2 rezeki dari Allah utk family ana, cuma adik ana y ana, Allah nk uji kami 1 family, agak sebak, agak susah, agak risau utk lepaskn adik, tapi kan, bumi Mesir itu bumi barakah iAllah, ana selalu2 pujuk hati letakkan penjagaan Alya pada Allah,tenanglah Ashiatun Naim!!

She will be just fine, iAllah! Semua pn rasa mcam itu jugak kn? ameen. Adikku Alya, cinta hati kami Alya Syazwani, cinta hati kami wahai ketinggian keharuman, semoga Allah bahagiakan kamu, tenangkan kamu, kuatkan kamu, dan penuhkan hari2 kamu dengan kemudahan dan pertolongan iAllah, Allahuakbar!

Mohon sahabat2 doakan adik ana, kejayaan, perjalanan jihad adik ana kat sana ya??
We may n0t have the same bl0od, BUT WE all have IMAN, we are ONE for ANOTHER..thats the beauty of islam. <3

Allah... Allah... Allahuakbar!








Adik ku Alya Syazwani, remember,
"...dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada..."          (al hadid-4)

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)"             ( as-syarh 4-7)

Wednesday, April 11, 2012

im lost, He found me

ya Allah, gempa bumi di Acheh kembali...
istighfar mula meniti di bibir..
air mata menitis di pipi...
Ya Rabb, adakah sejarah bakal berulang........................!!



Teringat saat daurah tempoh hari, bercerita tentang manusia yang sombong setiap saat hidupnya. Manusia yang sombong untuk menginfakkan hartanya di jalan Allah. Manusia yang sombong untuk memanjatkan puji pujian pada Tuhan mereka padahal segala yang dimiliki mereka milik Allah. Yang kita miliki ini sekadar pinjaman. Padahal seluruh penghuni langit, seisi alam semesta ini bertasbih memuji Allah tapi tetaplah manusia yang paling liat, paling susah untuk memujiNya. Sombongnya kita......!

Subhanallah3.. terasa basah jiwa dengan ayat2 Mu ya Rabb. Memang lah benar, siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, dia akan diberikan kfahaman agama. Nah, nikmat iman dan islam. Nikmat terbesar, nikmat paling precious untuk umat Muhammad. Sedarkah kita? Kenikmatan ini? Atau x rasa pun ia satu nikmat?

Helaian Kalamullah diselak perlahan-lahan. Akhirnya berhenti di surah Yunus.

" Hanya kepada Nya kamu semua akan kembali. Itu merupakan janji Allah yang benar dan pasti Sesungguhnya Dia yang memulai penciptaan makhluk kemudian mengulanginya , agar Dia memberi balasan kepada orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan dengan adil. Sedangkan orang2 kafir disediakan minuman air yang mendidih dan siksaan yang pedih kerana kekafiran mereka" [10 : 4]

Demikianlah dikisahkan tentang kaum Tsamud, Kaum Ad, Firaun. Adakah kita mengambil pengajaran?

Sahabat2, bangkitlah dari kelalaian atas kesenangan dunia. Jadilah singa2 Islam yang mengaum menegakkan agama Allah! Bangkit dari jahiliyyah m0den yang menyerang setiap inci hidup!

" Wahai orang2 yang beriman,! Mengapa apabila dikatakan kepadamu, " Berangkatlah untuk berperang di jalan Allah , " kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu menyenangi kehidupan dunia drp kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah sedikit" [ 9 :38 ]

Berfikirlah dengan hati dan nurani. Kiamat itu pasti!! Mungkin setahun lg, sebulan lg, sehari lagi, mungkin juga seminit lg. Sempatkah kita untuk bersedia? Bila saat itu tiba??

Tahlil,Tahmid, Takbir...!





Wednesday, March 21, 2012

jalan yang lurus


Seorang pemuda duduk, dari tempatnya boleh melihat keseluruhan muslimat yang berada di belakang. Baru 2,3 minit duduk, dia beralih ke tempat duduk yang membelakangi muslimat. Aisya senyum, alhamdulillah, pemuda itu menjaga pandangannya, mungkin dia risau dia akan memerhatikan muslimat tanpa dia sedari, lantas beralih tempat itu langkah paling bijak. Mungkin juga dia malu, apa sekalipun, biarlah niat untuk menjaga mata, jaga hati, jaga iman, lillahi Taala.

Nah, siapa kata lelaki susah nak jaga mata? Boleh je, pilih nak @ xnak je kan? Lelaki yang c0ol bukan terletak pada hensem nya paras rupa, tapi pada indah akhlaknya. Bukan muslimah je kena jaga, muslimin kena jugak. Kalau Muka biasa2 tapi akhlak first class, memang terbaik dah la. Dari mata jatuh ke hati semua.

Kenapa perlu berubah? Kenapa perlu balik pada Allah? Kenapa? Kenapa?

Sebab itulah FITRAH. Sebab kita ada d dunia kerana ALLAH. Sebab tiada sebab lain yang PERLU ada untuk kita selain ALLAH. Kalimah penyaksian, kalimah syahadah Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah, bukan sekadar ayat kawan-kawanku. Maknanya terlalu dalam, masyaAllah.Ibnu Taimiyah menjelaskan perkataan "Ilah" itu sendiri bermaksud "segala sesuatu yang dicenderungi hati, dengan perasaan cinta, pengagungan, penghormatan, rasa takut, rasa harap dan memuliakan"

Besar kan kalimah syahadah itu? Kalaulah dapat kita letakkan seluruh jiwa raga pada ALLAH, hebatnya kita. Redha apa pun yang datang sebab kita tahu bagaimana sekalipun kita mengkehendaki sesuatu itu terjadi, contohnya lulus peperiksaan, semuanya hanya berlaku bila ALLAH mengkehendaki. Kunfayakun. Andai kita tahu esok kita bakal kemalangan, punyalah kita mengambil segala precaution untuk mengelakkan kemalangan itu berlaku, ia tetap akan berlaku jika Allah sebut "jadilah!, maka jadilah ia" [QS 36:82].

Tetapi, ini bukan bermaksud, tidak perlu usaha. Bagaimana nak menjaringkan gol andai tiada daya yang meyepak bola masuk ke dalam ?? Allah akan mengubah nasib sesuatu kaum HANYA bila kaum tersebut mula mengubah diri mereka [QS 13:11]. Tidakkah sama teorinya seperti teori Sir Isaac Newton yang pertama? Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asal, yang bergerak terus bergerak,yang pegun tetap pegun selagi TIADA DAYA yang bertindak ke atasnya.

Lihatlah persamaan ayat Allah dengan teori tersebut. Subhanallah, siapa tiru siapa? Kita sebenarnya dah tahu da teori tu sebelum belajar fizik dlu2 jika benar Al Quran itu sumber/kamu/katalog hidup kita. Tanpa daya, yakni usaha yang jitu tiada apa yang bakal berubah. Even diri kita masih di takuk lama, masih berkarat dengan perangai lama, masih bersuka huha huha dengan matlamat hidup yang masih kabur. Padahal Allah dengan terang lagi nyata menegaskan tugas kita sebagai khalifah, sebagai ahli ibadah yang apa sahaja zarah perbuatan, pengucapan dan perasaan itu milik Nya.

Sedar, bangkitlah. Bak kata ustaz Don, kita tidak akan tua untuk bertaubat dan berubah. Tiada had umur, tiada batasan pun. Anda masih mahu main2? Boleh. Masih mahu berada dalam jalan jahiliyyah? Boleh. Sebab Allah kata Dia x rugi pun jika kita xnak pada Dia. Cinta sangat pada dunia ni? Padahal nikmat dunia 1/100 dari nikmat ALLAH? yang baki 99/100 lagi Allah tinggalkan kat akhirat. Boleh. Pilih lah. Sentiasa ada 2 je pilihan, boleh pilih A atau B jep, kebaikan atau kejahilan, syurga @ neraka. Kita x boleh duduk tengah2, nak duduk tengah-tengah, xnak syurga @ neraka.

Jadilah orang-orang yang beruntung, sekali lagi, hidayah itu perlu dicari, xkan datang bergolek sendiri. Tolong bacalah Al Quran, hayatilah, fahamilah bait-bait ayat cinta Allah. Nescaya tenang itu akan datang meyelimuti hati dan diri, Allahuakbar!


"Al Quran itu tidak lain tidak bukan adalah peringatan bagi seluruh alam, iaitu bagi siapa yang menghendaki menempuh jalan yang lurus, dan kamu tidak dapat mempuh jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam" [QS 81 : 27,28,29]






Thursday, March 15, 2012

wahai jiwa yang tenang

Penyepit yang dipegang meyepit satu2 bahan yong taufu, sedang Aisya ralit memilih, terasa seseorang memandangnya. Aisya berhenti meyepit dan memandang ke depan, ada seorang pemuda di situ. Aisya pelik, tiba2 mata mereka bertemu, lantas Aisya tunduk, mengapakah? Dia kenal aku kah? Aisya mengangkat muka, pemuda itu masih memandang, masyaALLAH, Aisya tunduk f0kus memilih, usai membayar, Aisya terus pulang ke bilik.

Sepanjang perjalanan balik, dia istighfar, mahu menghilangkan imej pemuda tersebut.

 Enggan berfikir lebih, Aisya terus2 selawat. Hari ini khamis, seperti biasa, bakal berbuka dengan yong tau fu, bersederhanalah, ini pun rezeki juga, kan2?

Orang y hari2 main angry bird, pasti dah addicted dah dgn games 2 kan, bila dia x maen sehari berjam-jam mesti dia makan x kenyang, mandi x basah, tidur x lena. Setuju? Ade ke yang rasa mcm 2? Rasanya if apply cara addiction pada games ni  tapi ganti dengan ibadah, agak2 bley?



hm, selalunya pada seseorang, selain ibadah wajib, mesti ada sesuatu amal / ibadah special lain yang dia suka buat. Pada Aisya, x lengkap hari Aisya jika dia tidak dhuha pada paginya dan tidak lengkap seminggu Aisya jika dia tidak puasa Isnin, Khamis. Terasa pelik2, terasa x bes bila x buat. Memang terasa la yang sume mandi x basah, tidur x lena td, hehe.

Jadi? Bley je sbenarnya. kamu, kamu , kamu semua wahai pemuda pemudi Muslim untuk beribadah lebih, lebih dari masa kamu bermain d0ta, maen fifa, maen facebook dan sebagainya. Dan sangatlah rugi if kita bermalas-malasan sekarang sebab seorang Mukmin sejati, istirihat nya di syurga, yang mana Allah tinggalkan lagi 99% nikmat Nya. Nak korbankan 99% pada 1% nikmat yang terang lagi bersuluh terlalu sedikit, berbaloikah? tepuk dada, tanya iman yep?

Yez, tahu yang perubahan ke arah kebaikan itu satu yang sangat BESAR. Tapi ingat, langkah ke arah menggapai hidayah Allah 2 pn Allah pandang kita dengan penuh kerahmatan. Nak buka pintu hidayah carilah Kuncinya . N0thing comes f0r free. Apa y adanya kita ni pn Allah y pinjamkan, layak kah kita nak menyombong diri??
Peganglah Quran,
Hafallah hadis,
Semampu mu,

Jalan Allah wajib berduri,
Tapi, teruskan berlari,
dalam larian taubat yang x henti2,

Sahabat,
Kalau anda pernah jatuh,
ke dalam lubang y gelap lagi dalam,
Perasan x pasti ada sedikit cahaya,
Yang menyinar jauh dari sana,
Berusahalah,
Mencapai cahaya itu,

Tidakkah kalian rasa,
Jantung y masih berdegup,
Dlam dada,
Itu tanda kasih sayangNya?
Yang masih memberi peluang,
pada kita,
Untuk kembali,
padaNya yang ESA.

Masuklah ke dalam Islam dengan sebenar-benanrnya, jadilah orang-orang yang beruntung. Sma-sama kita? iAllah!! Pilihlah satu amalan yang special, yang kita k0ngsi dengan Allah je, c0mel.. try lah ^______^


" Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah pada TuhanMu dengan hati yang redha dan di redhaiNya, maka msuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu" [89 : 27, 28, 29, 30 ]




Monday, February 20, 2012

aku.Dia.kamu

Aisya memandang ke luar tingkap bilik, "eh, hujan lagi?"
dalam hatinya bertahmid..

Kelas habis awal pagi ini, sebelum jam 10. Hati Aisya girang. Manakan tidak, baru pagi tadi dia meng0mel pada rumate kesygnnya perihal jadual hari ini, kelas start pkul 8, pastu gap sejam, start balik sejam, gap sejam, start balik sejam, gap 2 jam [ campur lunch ] pastu smbung sejam lagi pkul 3..kan BEST kalau lecture pagi 2 jam terus. xde la banyak sangat rehat, boleh buat banyak kerja lain.

Nah, Allah tu Maha Penyayang, sampai sahaja Aisya di dewan kuliah, dia masuk sambil memberi salam. ucapan salamnya di sambut Dr Zaliha yang awal2 lagi sampai, Aisya termalu, dia lewat, berbanding lecturer kesukaannya itu. kemudian, Dr mencapai mic dan bertanya,

"b0leh x kita c0mbine 2 lecture sy pagi 2? Kurang dari 2 jam pn, nanti habis b4 pukul 10"

hehehe.. pasti semua jawab "Boleehhhh", Aisya x putus bertahmid, Allahuakbar, suka! siapa kata Allah x dengar luahan hambaNya?  ^___________^


kebelakangan ini, Aisya seronok. Ramai dr kalangan sahabat2 sedang dalam pr0ses mengubah diri. Yang dia kenal masa bersekolah asrama di Kedah dan yang dia kenali semasa di UiTM. Dan Aisya sgt bangga akan pencapaian mereka, semangat mereka nak tinggalkan jahiliyyah sangatlah dipuji. Mana tidak, yang dulu masa sk0lah "brutal2" woo, sekarang Allahuakabar! hati mereka jadi selembut kapas, dibentuk dengan acuan Islam.. ALLAH sentuh hati mereka sedalam-dalamnya. Smalah juga yang baru berjinak2 utk bertudung, iye.. mungkin tidak cukup labuh lagi tapi biasalah, mana ada orang belajar berjalan sebelum merangkak, kan?? Hm..  Siapa kata hidayah itu sukar nk dapat? orang yang selalu menolak hidayah, orang2 inilah y Allah tutup hatinya padahal hidayah itu bertebaran 360 darjah, di sekeliling mereka.

Mungkin larian taubat mereka masih perlahan, masih tersekat-sekat dek kerana jahiliyyah y masih kuat dalam diri. Namun, singa Islam yang dulunya enak lena tidur dalam diri pemuda pemudi Islam ini, Aisya yakin sudah singa2 ini sudah punya kekuatan untuk mengaum semula. Islam yang mereka cari, yang mereka kehausan selama ini semakin mendekati. Tidak akan mustahil, Islam kembali tertegak dalam diri2 syabab2 [ pemuda ] ini, Islam pasti tertegak d bumi Allah. Sebab tertegaknya individu2 muslim, kita selangkah menguasai dunia. [ini bukan angan k0song, ini Sunnatullah ]

Ya setiap larian taubat itu Allah kira, setiap masa. semudah astaghfirullahhalazim, Allah pasti pandang hamba yang menyebutnya. Aisya ingin sedaya upaya menyampaikan pada sahabat2 nya, bukan untuk dirinya, tapi untuk mereka Lillahi Taala. Wahh~ panjang lagi perjalanan ni. J0m2, Allah teng0k kita tu.. Allah suka bila tahu kita nak2 balik pada Dia.

Tahu je, jalan kembali padaNya,
Xkan semudah ABC,
Tapi nak katanya,
When theres a will,
Theres a way...
Kenapa xnak apply quote ni bila nak2 Allah..
Allah da gtau kan,
pintu TAUBAT 2 akan terbuka..
sehinggalah matahari terbit dari barat..

Ayuh rakan taulan, bangkitkan singa yang masih lena dalam diri2 kamu! :) <3
ni bawah ade vide0 bes2 utk para syabab yang dikasihi Allah sekalian.. iAllah, j0m2 istiqamah itu indah~


Tuesday, January 10, 2012

dan aku bersujud

"ya Allah, lailahaillallah muhammad rasulullah. Astaghfirullah3~"

Aisya ulang2 zikirnya sepnjang pulang ke k0lej. Ya, Allah ujinya sekali lagi. Hebat sungguh dugaan kali ini, 2 minggu menahan hati, tekanan study bcampur dgn emosi yang x stabil akhirnya badannya x mampu lg. Aisya c0llapse, sepanjang pagi di lab dia merasa tidak sedap badan, mata pedih, badan terasa lenguh, kaki nya terasa lembik, kalau lah bley jalan pegang dinding!

Tapi dia cuba bertahan,cuba berdiri ats daya sndiri, usai pensyarah menandatangan buku pr0jeknya Aisya melangkah keluar bangunan klinikal. Sumpah lillah, dia cuba bertahan semampunya. Sampai ke bilik, Aisya s0lat asar, dan hanya ALLAH y tahu betapa sakitnya badannya ketika itu. Air mata mula mencurah, "Ya Allah, aku ada salah apa2 lagi kah denganMu??"

Maghrib, kakaknya hantar dia ke klinik, dkt0r nk masuk air [ IV drip ] tapi Aisya enggan. Aisya xmahu susahkan sesiapa. Namun petang es0knya, kemuncak ujian Tuhan. Hatinya terluka lagi, atas statement yang mengatakan dia melebihkan manusia dari Allah. MasyaAllah, air matanya mengalir laju. Tidak! Tidak sesekali itu berlaku! Dan Allah Maha Mengetahui. Dan Dia menguji saat badan Aisya paling lemah. MasyaALLAH~

Mungkin cara ku salah,
Tapi ini ujian dari Allah,
Biar sakit biar rasa susah,
Tapi yang pasti ukhuwwah ini fillah,


Dulu ku katakan dengaan penuh keyakinan,
Cukuplah sedikit y aku dapat,
Aku pasti akan merasa bersyukur,
Tapi Allah itu ingin menguji,
Betapa kuat keyakinan itu,
Betapa tinggi pergantungan padaNya,
Betapa dalam pengharapan padaNya,
Betapa bersungguhnya redha itu,
Hanya beberapa minggu,,
Mula menjunam pergantungan,
Hati mula memberontak mahu lebih,
Mula tergugat redha,
pengharapan menipis,
Akhirnya aku rebah!


Dan aku bertatih mencariNya,
Berdiri malam-malam,
tunduk dalam rukuk,
merangkak dalam sujud,
Basah dengan kalimah Ilahi,
Rupanya Allah nak tegur,
Xcukup lagi pergantungan dan pghrapan padaNya.

Demi ALLAH, ujian kali ini benar2 menguatkan. Kalau dulu Aisya rasa mcam terlalu susah nk baca al mathurat pagi petang smbil ulang 3x ayat2 almathurat 2. Tapi skrg, alhmdulillah. nak ulang byk2 lagi pn xmgapa. Kalau dulu susah baginya nak istighfar n zikir2, skrang kalau ada masa terluang,berjalan, msa kat lab zikir lah peneman diri. Dulu kalau jalan ke mana2 sorang xde teman terasa mcm l0nely sikit tapi sekarang nk l0nely apanya, Allah ada,malaikat kiri kanan. Kalau dulu, Aisya ingat dia da ckup kuat pegang Allah, tapi Allah nk buktikan yang belum lagi ketat ikatannya.

iAllah3! ikatan hati kerana Allah xkan putus kan. Sekarang lebih mhargai nikmat2 Allah y lain. Sesiapa saja yang tinggalkan kita dalam hidup ini bukan bermakna mereka jahat @ kita jahat, cuma Allah nk bg tahu kisah kita dan mereka dah berakhir kat dunia ni sebab setiap pertemuan akan ada pengakhiran. Kalau benar segalanya Allah, j0m jumpa kat syurga Allah? kita akan berkumpul dengan org2 y kita cintai kat syurga, jd iALLAH3 kan~??

*Allah c0mel, bila yakin pada Allah, Allah pasti akan lebih yakin pada kita. Aisya sndiri, xkan berpaling ke belakang lagi, cukuplah Allah bagiku. ya ALLAH pegang lah aku supaya aku akn pegang Mu lebih erat lagi. Allahuakbar!

dan aku pun bersujud..

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.  [ al fatihah : 5 ]