Thursday, December 16, 2010

whats my heart wanna t0 say~

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum,,,
sume.. ^^ ni ari ke-4,sem ke 2 ana..sem bru...x byk beza..masih rilex ag awal2 neh..but its pr0mised dat things g0nna get HECTIC real s0on..hahah..ape p0n..trima je la...td check email...shbat ana beri 1 sjak..fiz0h..knal x die?ade je y kenal...

rini 10 muharram..byk kifiat die..tahu kn? klu x pasti..bukak la page fb ana..mcm2 ada...ana bg 1 k?

"Puasa y lbih utma setelah puasa Ramadhan ialah puasa d bulan Allah yakni Muharram, mnakala s0lat y lbih utma stelah s0lat fardhu ialah s0lat malam"
[H.R Muslim,Abu Daud,Al-Tirmizi,Ibn Najah]

haaaa..n byk ag..rini alhmdulillah ana puasa..kwn2 p0n rmai y p0se gak kn...insyaALLAH jika kita bpuasa pda 10 Muharram Allah Swt mbersihkn & menebus d0sa2 y lampau..utk ana,ye..byk sgt salah y ana da buat...jdnya,ana sgt3 bhrp tahun ni ana bley brubah..insyaALLAH..kwn2 tlg tegurkn mna y ana salah ye...emm..ari ni,ana na lepaskn ss0rg dr idup ana..ss0rg y x tntu djadikan utk ana...lbih baik ana biarkn dia pergi...alhmdulillah..stakat ni,Allah jga hati ana...ana sgt bahagia...em3... (:

ni sjak y kwn ana beri...hayatilah..renungkn lah...ade 1 ayat Al-Quran mnyebut "sesungguhnya akhirat adalah sebenar2 dunia bagi y mengetahui" ..ana tlupa surah n ayat mna..tp lbey kurg la...jd kwn2, fikirlah dgn hati mu..


Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya, walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.
Tetapi,
Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..
Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..
Sebesar-besar dosa itu adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya, (imam ghazali)
Saudariku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..
Saudariku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu,
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan.
Aku bangga andai dikau mati dalam kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan..
Kerana jangan lupa saudariku..
Muliamu bukan pada pangkat atau harta, tapi kerana ISLAM agamamu…
Saudari kesayanganku,
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran.
Setiap yang payah itu ada kesenangan,
dan setiap kesabaran itu ada ganjaran.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalangnya…
Namun,
Jika sesuatu itu bukan d takdirkan untuk kita,
pasti tidak dapat dicapai walaupon sudah dalam genggaman…
Yakin dan percayalah,
Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..
Kadang-kadang Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh.
Puas kita menangis mencari di mana mentari kita..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah…
Sabarlah duhai insan,Ada kemanisan di sebalik setiap kepahitan…
wallahualam.. ^^ 

No comments:

Post a Comment