Monday, December 26, 2011

1 safar 1433H~

subhanallah alhmdulillah allahuakbar~
apa khabar iman? apa khabar roh? apa khabar jasad?
masyaAllah, syg nya Allah pada kita.. masih diberi jasad y sempurna, kesihatan y baik, iman y tetap dan hati y tenang..

pernah terfikir di mana Allah sebenarnya? Allah bersemayam di atas Arasy Nya. Langit ke 7.. Jauhnye Allah kan. Bape jauh langit ke 7 tuh? mesti lg jauh dr bumi, dari 1 galaksi bima sakti, bahkan lg jauh dr 1 alam semesta. Kalau lah Allah pandang kita dari atas sana, alahai, keciknyaaa kitaaaa... micr0 kah? nano? ke dah tahap pic0? tapi kasih sayangNya melimpah pada kita. X pulak Dia lupa nak bg oksigen pada kita, X pernah pula Dia berhentikan degupan jantung kita msa kta tgh enak tidur.. Dialah y mengurus kita, xpenah tidur n tak pernah mengantuk..Ingat ayat kursi kn? gud2~

Hebatnya ALLAH~ "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahu segala isi hati"  al-hadid:6


Tapi kita? sebagai hamba.. Allah ber 24 jam sehari, berapa jam utk Dia? bila dah azan, brapa minit kita ambil utk bgun dr tidur, bgun dr katil ,tinggalkan kerja kta, tinggalkan facebook, twitter, ym, skype kita untuk menghadap Dia? dan berapa minit pulak kta ambil utk bersma Dia dalam setiap solat fardhu? 5 minit ada? @ ada y kurang dari 2? padahal Dia setiap detik utk kita. sentiasa sibuk, layan hamba2 Nya.

kurang mengingati Dia kita ni.. Ke ingat masa susah je? bila sakit baru "ya Allah2", bila nk exam x bley jawab baru nak "ya Allah2".. bila stress barulah "ya Allah2".. ke bukan? ke skrg jd jdi terma "shit", "damn", omg?

jauhnya kita dari Allah.. Mana jiwa Islam tuh? Mana manisnya Islam 2? Mana kecantikan Islam 2? Bagaimna agama lain nak respect Muslim andai Muslim x memegang ISLAM itu sepenuhnya? Pastu marah2 bila agama lain hina ISLAM, tidakkah kita y rosakkan sucinya Islam 2 dulu? Islam itu syumul [menyeluruh] dan melengkapi dan ISLAM itu addin, Islam itu kehidupan ikhwan akhwat sekalian. Mahu kah Islam 2 hanya tertera pda Ic je? saje je ade pktaan Islam kt situ.. hiasan~ xnak kan?

Kurang bersyukurnya kita, silap ni.. silap~ ana sndiri.. kdg terhanyut.. Dunia xkan mudah untuk ditewaskan andai hati n iman x teguh.. ujian hati ana Allah beri skarang ujian hubngan  sesama insan. Dan ana di uji dgn org y ana syg kerana Dia. Subhanallah, ujian itu tarbiyah [didikan] direct dari ALLAH. itulah kta2 seorang akhi buat ana, jgn cepat mengeluh.cepat mngaduh, cepat merungut, baru sikit Allah nk uji, sudah melatah kah? baru sedikit Allah jentik ukhuwah, dah mahu rebah kah?
tidak.. sebab ana, anta, anti, ikhwan dan akhwat sekalian, KITA UMAT MUHAMMAD~

1425 tahun hijrah sebelum ini, bagaimna Rasulullah  pada  8 H  berjuang membebaskan kota Mekah dari lingkaran jahiliyah , begitulah kita sebagai umat Nabi mesti sma kuat utk bebaskan jiwa dan hati dari belenggu jahiliyah moden dan balik pada yang satu, pada yang Esa, padaNya. Pegang pada satu, hanya Dia.  Semangat nya sama, semangatnya JIHAD sahabat2.. Allahuakbar!!

Kita x sempurna.. tiada y sempurna melainkan Dia,
dunia tak abadi sebab akhirat tu pasti,
Kita semua bersaudara,
x kira kaler apa,
sebab fitrah kita sama,
lillahi Taala~

*ya Allah, sungguh hati ini basah, air mata ini tumpah, kerana Mu, kerana rasa mahabbah [kasih syg] ku utk makhluk2 Mu.. bahagiakan kami apa2 cara yang Engkau sukai, iAllah.. :)






Sunday, December 11, 2011

Andai ia tatapan terakhir~

"C..."

Aisya memandang buku penilaian makmalnya, gred C yang baru shaja pensyarah c0retkan terasa bukan hanya tercoret di ats kertas namun berbekas di hati. Di tahap ini sahajakah aku? Penilaian lab baru shja bermula 2 mggu, itulah requirement pertama y dia lakukan. C.. C.. C..~

Sedih, Aisya sedih. Enggan melayan rasa, Aisya teruskan lagi kerjanya walau hati x tenang. Dia pujuk hati, xpe2, Allah mahu aku bermula dari bawah, Dia lebih tahu. Yakin2.

"Maka nikmat tuhanMu yang manakah ingin kamu dustakan?" ar rahman:16


Aisya pegang kuat ayat di atas, ya, Allah beri nikmat yang lain, baru dapat C sekali, perlukah merengek,merungut dan bersedih. Baru je Allah tarik 1 nikmat, kecil pula tu. Sudah2.

Kebelakangan ini, tetap terasa hatinya lain. Terasa kekurangan, terasa hati dan emosi tidak dikawal dengan baik. Yakin, ini ujian hati lagi. Kerana insan, kerana sayang sesama makhluk Tuhan, Aisya kecewa. Sayang nya Allah pada Aisya, satu demi satu ujian hati. Tak mengapa, dia terima. Sekarang Aisya dah bulatkan tekad, panahan f0kus hanya pada pelajaran. Akan dijaga hatinya, mungkin sampai ini shaja.

Aisya memanjatkan syukur, sekurangnya Allah mempertemukan mereka setelah 4 tahun berpisah semenjak sekolah dulu. Sekurangnya dia tahu bagaimana kehidupan seniornya dan segalanya. Cukup setakat itu. Sekurangnya Allah beri kesempatan dia  mengikat ukhuwah dengan namaNya, sekurangnya Aisya tidak menyesal andai ini akhirnya. Sekurangnya dia yakin Allah lebih Mengetahui perancangan terbaik buat mereka.




Aisya senyum. Ya, ckup sudah~  Dititipkan doa buat senior yang sudah dianggap sebagai kakak kandungnya, m0ga sentiasa dlm rahmah, lindungan dan barakah Allah! iAllah! Andai mlm itu tatapan terakhir, Allah tahu, Aisya sudah merasa cukup.

Apa y Allah ambil dari kita, yakinlah ada sebabnya. Yakinlah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Dia mahu kita muhasabah, Dia mahu kita melihat Dia sebgaimna Dia memerhatikan kita.

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kita (Luh Mahfuzh) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri,"        al hadid : 22-23
 
Jom jalin silaturrahim atas nama Allah, bersabarlah dengan kesabaran Asiah terhadap suaminya Firaun. Kesabaran Khadijah bersama Muhammad dalam perjuangan Islam. Itu lebih baik bagi kita, kan?

Syukurku kpada pencipta yang telah mengikat pertalian kita.
 

" Tak kira sekuntum bunga itu harum ataupun tidak, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa juga bentuknya..tempatnya tetap di langit. Seperti persahabatan kita, tidak kira jauh atau dekat, bertemu atau tidak..tempatnya tetap DI HATI. " Sesungguhnya nilai ukhuwwah itu lebih utama..=)


.رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير...."
 ".....Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." at tahrim: 8

Friday, December 2, 2011

berjalan tanpa HENTI

"Nana, ana balik bilik dulu ya~"

Aisya lega bila Nana angguk2 tanda faham. Alhamdulillah3, bukan dia x mahu menunggu sahabat kesygnnya mengemas cuma Aisya kali ini ingin pulang ditemani Sang Khaliq. Dengan lafaz bismillah, Aisya melangkah keluar dari bangunan klinikal. Hatinya rasa basah, basah sebab terasa kurang mujahidah kebelakangan ini. Dia ingin muhasabah sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Aisya mula bzikir,

"subhanallah walhamdulillah ,wala ila haillallah wallahuakbar"

Aisya atur langkah dgan kalimah Allah, hatinya gundah, mindanya gelisah. Terlalu banyak hal yang melemah kan hati berlaku kebelakangan ini. Tempoh hari dia terkesan dengan status FB seorang akhwat fillah,
"Mengapa semakin perlahan?
Adakah kita dah penat utk mengejar redha Allah?
Adakah kita sudah ditimpa penyakit 'wahan'? (cintakan dunia, takutkan mati)"
 
YA! dia semakin perlahan, dia sedar gerak jihadnya perlahan. Buat pertama kali Aisya tidak menulis blog dalam tempoh sebulan. Aktiviti surau nya juga menurun gara2 cuti yang panjang. Tapi Aisya tahu, itu sekadar alasan untuk sedapkan hati, untuk tegakkan benang yang basah, benda yang salah. 1 shaja jwpan pasti, Jasadnya, MALAS.. Astaghfirullah, Aisya malu pada Allah, Aisya sedih. Cinta dunia lebih kah dia sekarang ni? Tidak2, itu pasti. Tapi kenapa jasadnya lemah, kurang semangat. 
Berfikir dan berfikir, Aisya ketemu jwapan y dicari. Rupanya Hatinya "sakit", terlalu byk risau hal dunia, terlalu banyak perasaan ingin hiburan dunia, dan terlalu asyik, terlalu leka dengan manusia. Astaghfirullah hal azim. Ya, iman boleh bertambah dan berkurang. Lemahnya iman sebulan ini!!
Malu~

Nafas di tarik, Aisya nekad, hatinya perlu disembuhkan, api jihad perlu dinyalakan kembali, di jaga rapi, dan minda nya perlu tenang, setenang kalimah lailahaillah~ kenapa hati? j0m revise hadis hati.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah HATI

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Penting nya hati kan, sebab jika kita salah, kita melakukan kesilapan, kita berdosa, pasti segalanya bermula pada niat kan? dan niat 2 pasti datang dari hati sanubari kita. Rosak hati, rosak segala isi. Percaya x? iAllah~
 "...Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qulubullatifissudurr (hati yang di dalam dada)".

(al-Hajj, 22:46)
Apa jua yang berlaku,
Setiap detik, setiap waktu,
Yakin lah pada yang satu,
Bahawa DIA lebih tahu.
Bila hati mula lali,
 Pujuklah kembali,
Takut nanti,
hati kamu yang mati,



 Rasa resah,
Rasa gelisah,
Jauhkan, Usir lah,
Sematkan kalimah, La hawla wala quwwata illa billah~

iAllah3, perbaharui niat, perbaharui syahadah. Perjuangan jihad ni masih jauh. Masih hijau buat dirinya. Yakin janji Allah. Dia tidak akan mungkir janji. Jadilah hamba yang mahu berubah, dan mengubah. Berjalan tanpa henti menuju Ilahi. ^________________^
 " jangan terlalu selesa dgn cukuplah aku dah banyak dah buat kebaikan, dah slalu solat, aku puasa, orang lain x, aku gi solat jumaat, orang lain malas, aku buat ni dah aku dah buat baik y 2,baik yang ni, ala sikit je dosa, dosa kecik je. Sebabnya kita xkan tahu pahala yang Allah beri sebagai ganjaran 2 byk mana, dan nilai dosa yang kita buat 2 banyak mana, ckup beratkah pahala nak tampung dosa 2, y kata "sikit" 2. Sedarlah sementara kita masih sihat, masih sempurna fizikal dan akal, masa y kita masih mampu untuk berubah dan mengubah. Untuk membaiki sana sini. Serius ni, sebelum segalanya terlambat...."
 
[maksud : la hawla wala quwwata illa billah,] ~
tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.






Wednesday, October 26, 2011

this LOVE

"let this LOVE preserved f0r a guy who deserved"

hati Aisya tenang. Seseorang pernah menyentuh hatinya sekali, dan tika itulah Allah menguji keimanannya. Begitu berhikmah Allah mendidik diri Aisya, daripada dibelenggu cinta manusia penuh noda, Allah menarik Aisya ke sisi Nya kembali untuk dipelihara. Segala puji bagi Allah, pemilik sekian alam. Sedar bahawa setiap yang berlaku atas aturanNya, atas kehendakNya, Aisya tahu ada gantian yang lebih baik di setiap kehilangan.



Firman Allah,
"[Allah] pencipta langit dan bumi. Apabila dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu "       Al baqarah :117




Kini hatinya berlabuh kerana Allah, cukup ALLAH bagi Aisya. Siapa pemilik cintanya setelah Allah dan Rasul hanya Allah yang Maha mengetahui. Aisya tidak lagi gusar, dia percaya dan yakin pada Allah. iAllah. Dialah sebaik2 penolong dan yang memberi rahmat. Teringat peristiwa tempoh hari, Aisya dan sahabatnya masih di seksyen 7, tinggal 15 minit lagi sebelum usrahnya bermula. Aisya mula gusar, sebaik sahaja kaki mereka melangkah keluar dari KFC, hujan sudah pn turun dengan lebat sekali. ya Allah, payung tidak dibawa, kalau mahu jalan ke kampus k0nfirm basah lencun. Saat itu terasa air mata sudah mahu mengalir, tapi ditahan. "Ya Allah, usrahku!" jerit hati kecil Aisya.

Ketika mereka berdua masih berbincang, seorang pemudi menegur,

pemudi : "Adik nak balik UiTM ke? duduklah dlu, tunggu sampai hujan berhenti dulu, 
                 kalau jalan ni mesti basah punya"

Aisya cuma mampu senyum, hatinya sudah tidak tenang, dia sangat2 ingin ke usrah. Namun, tiba2 kata2 pemudi yang seterusnya membuatkan hatinya gembira. Ya Allah sungguh benar janji Mu.

Firman Allah,
" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"      [Asy-Syarh : 5-6 ]


pemudi : "Tapi kalau adik nak akak hantarkan ke dalam pn xpe, tapi tunggu hujan reda sikit  ye, j0m duduk dulu"

Aisya dan sahabantya berpandangan. Namun hatinya sudah memanjatkan kesyukuran!

Aisya : Betul ke akak? x menyusahkan akak ke? Subhanallah subhanallah.

Aisya selamat mengikuti usrahnya petang itu. Hatinya x henti2 memanjatkan syukur. Dia yakin pada Allah, tidak akan lagi ragu2 pada Allah. Apa jua yang berlaku, akan diletakkan pergantungan yang tinggi pada TuhanNya. Setiap saat dalam hidup, bersyukur dengan zahir dan batin, bukan sekadar di hati,tapi juga di setiap perbuatan, sepanjang masa. iAllah.

baru2 ni terasa yang sama ketika membuat PBL [program based learning - pelajar kena bincang kes pesakit dan bentangkan di hadapan pensyarah utk dinilai] , kali pertama dia jadi ketua, terasa beban yang berat di bahunya. PBL juga clash dgn persediaan event fac yang dianjurkan batchnya, jadi terasa ingin membelah dua badan, x cukup tenaga dan tangan. Macam2 kerenah dia terpaksa hadapi, masing2 penat, masing2 busy. Cume 1, tak mengapa, tak mengapa, itu yang hatinya sebut2. Dan segala puji bagi Allah, pada hari pembentangan, mereka bentang dengan baik. Syukur2! Jelas di wajah para pensyarah kepuas hatian mereka. Aisya terasa bahagia sekali.

Selesai membuat pembentangan, dia ke surau, melangsaikan solat dhuhanya, Aisya sujud penuh kesyukuran. Ya Allah, Ya Allah, Kau ingin hadiahkan al falah [ kejayaan] di sebalik kesulitan. Hidup kerana Allah, semuanya kerana Allah, Aisya tiada yang lain selainNya.

Perlu yang lainkah sedang ada Allah?
Perlu cinta lainkah sedang cinta Allah lebih barakah?
Perlu rasa keseorangankah sedang pasti Allah sntiasa menemani?
Perlu merungutkah sedang di setiap kesulitan bersama kemudahan?


" Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhai Nya, Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurga Ku"

[ Al fajr : 27-30 ]


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukabar!