Saturday, April 16, 2011

kisah gadis itu~

bismillah...assalamualaikum suma...emm..entry kali ni mcm smbungan kisah dr "demi cinta Ilahi"..opss,ttbe ade sekuel..hahaa..~ ni link die~
http://diariseoranghambamu.blogspot.com/2011/03/demi-cinta-ilahi.html

Hadis riwayat Muslim menyebut, Allah berfirman: “Sesiapa yang datang kepadaku sejengkal, nescaya Aku akan datang padanya sehasta. Jika dia datang padaKu sehasta, nescaya aku akan datang padanya lebih dari itu. Jika dia datang berjalan kaki nescaya Aku datang padanya berlari-lari. Jika datang dia dengan dosa yang banyak nescaya Aku akan ampunkan mereka selagi mereka tidak menyekutukan Aku.”
berpegang dengan hadis di ats..gadis itu melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan...walaupun dia resah dengan janji Allah bahawa,
"sesungguhnya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya"
walaupun jua dia bimbang tidak lagi menjadi "perempuan yang baik2",gadis itu memujuk hatinya,sungguh Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang..selagi dia mencintai Allah,selagi dia berusaha..selagi itu harapan tidak akan punah...harapan menjadi perempuan yang baik2,yang mulia darjatnya di sisi Allah...ahamdulillah semakin lama tarbiyah pda hatinya semakin kuat..Dia tidak akan menzalimi dirinya lagi...seperti firman Allah dalam surah An-Nisa',
“Sesiapa melakukan perkara buruk atau menzalimi dirinya kemudian bertaubat, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun dan Penyayang.” (Surah An-Nisa’, ayat 110)
Segala kezaliman,kebrukan,kemaksiatan dahulu dia tinggalkan..dia tidak putus usaha..Dia sentiasa beringat bahawa Allah melihat pada usaha-usaha hambaNya untuk berubah,dalam bertaubat..bukan pada hasilnya...manusia lemah,manusia perlu peringatan yang berterusan,manusia perlu mknan jasmani dan makanan rohani,gadis itu sedar. Dia wajib mencari TuhanNya,dia tahu mna yang hak mna yang batil...semua tahu makanan jasmani..tetapi berapa ramai yang sedar makanan rohani?
Oleh yang demikian,solat jemaah maghrib dan isyak d surau menjadi kewajipan,datingnya dahulu dengan lelaki ajnabi tetapi kini datingnya dengan sahabat2 usrah saban minggu,datingnya bsama Sang Khaliq tatkala terjaga 1/3 malam..Kalimah tahmid,tasbih dan tahlil sentiasa di hati,beristighfar lah gadis itu setiap kali mengenangkan kisah lalu..bagai tertusuk hati,subhannallah..betapa Allah SWT mencintai dirinya dan lelaki itu..Tidak perlu mencari alasan mengapa mereka berpisah kerana alasannya tetap 1,Allah SWT yang menakdirkan,menginginkan perpisahan itu berlaku. Kerana hanya dgn izin Allah,ssuatu itu berlaku..
"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya,"Jadilah! Maka jadilah sesuatu itu" (surah Yassin:82)
Allah memanggilnya untuk kembali ke jalanNya..Allah memanggilnya kerana rindu suaranya menangis,bermanja dan mengadu padaNya..Allah enggan lelaki itu menggantikanNya sebagai kekasihnya...Alhamdulillah3...gadis itu istiqamah dengan jalan Allah swt..
Dan demikianlah makanan rohani gadis itu sekarang...Alhamdulillah,dibukakan jua hati,tudung labuh jua yang melitupi dirinya kini..Tiada rasa penyesalan,tiada sekelumit pun..Dia tidak akan berputus asa mencari redha Ilahi,tidak akan putus mperbaiki diri kerana dia tidak ingin menjadi manusia di akhirat kelak,yang menangisi dan mnyesali kehidupan dunianya yang hanya sedikit mencari Allah..yang hanya sedikit memuji Allah..tidak3 setelah dia mendengar cerita dari syurga bahawa setitik peluh orang yang menghuni syurga di atasnya,akan mengubah warna syurga yang dia diami.Maksudnya? dengan hanya setitik peluh,syurga nya akan menjadi lebih indah,lebih cantik. Bila di tanya pada malaikat,apakah yang telah dilakukan oleh orang di atas semasa hidupnya di dunia yang melebihi aku? Jawablah malaikat,sebenarnya orang di atas hnya lebih 1 tasbih daripadamu.
Lihat,kuasa tasbih shja.Subhannallah.. Menjadi satu kekuatan pada gadis itu,dia memegang erat ayat surah al anfal,ayat ke 29,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan furqan ( kemampuan membezakan hak dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan Mengampuni dosa-dosamu. Allah memiliki karunia yang besar" (surah al anfal :29)
Apa istimewanya ayat ini? Bukan semua orang dapat furqan itu...Bukan semua orang yang akan tahu membezakan yang mna benar,betul,yang mana salah..dan bukan semua yang akan jelas berpegang yang halal itu halal dan yang haram itu haram,sedangkan y ditengah2 di antara halal dan haram itu akan jatuh haram. sedar atau tidak sahabat yang laen?? Tahu apa yang membawa ke zina itu haram,yang mendekati zina itu haram. Lalu dikuatkan hatinya, Allah jualah pemilik hatinya,pemilik jiwanya pendengarnya, matanya,insyaAllah
Moga semua jadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran buat semua,dan sebagai hadiah untuk semua..Ingatlah Islam itu indah,Islam itu nasihat dan yang penting,Islam itu CARA HIDUP. Renungkan2 diri anda,tanya iman di dada.. Moga Allah SWT kekasih yang utama buat semua... InsyaALLAH
Rasullah bersabda,firman Allah SWT, " Wahai anak Adam,selama engkau berdoa dan berharap kepadaku,nescaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi."
Wassalam~

2 comments:

  1. subhanallah~urm, Allah adalah apa yg kita sangkakan... kalo kita bersangka baek pd Allah, Allah pasti b'buat baek pada kita.. kalo kita sangka buruk.. urm, kita dpt la apa yg kita sangkakan tu..

    so, sntiasa b'sangka baek pada Allah krana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. subhanallah~ kita mintak la apa yg kita nak.. coz Allah tu Maha Kaya... n x terjejas sket pown sama ada kita b'syukur ke x.. but then jika kita b'syukur, Allah akan tambah nikmat kita, Allah lebih syg kat kita...

    Allah yg terbaek!!!

    ReplyDelete
  2. ASSALAM syg...alhmdulillah...
    terima kasih...insyaALLAH sy sntiasa sgka baek dgn Allah...smua y jadi krnaNya..
    dan sy xkn lupa...amin3

    berhentilah mengingati d0sa...
    tetapi renungilah sifat yang baik sbg pnggantinya... :)

    ReplyDelete