Saturday, May 28, 2011

happy means?~

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim~
lama dah ana x bercerita direct kan...emm..kali ni nak cakap pasal happy...semua orang mesti slalunya nak happy...sbb happy ni mood yang paling best kan. Mana ada orang kta sedey tuh best kan? da penat muka m0nyok,berkerut ape semua. H0rmon yang buat kta happy ni nma nya endorphin, hehee.. Rahsia nak rasa happy sentiasa ialah p cucuk hormon ni bila2 ase nak sedey...haha..xla..gurau saja.

sebelum tuh, ada orang kata. "we only live once,s0o always be yourself" ayat yang simple tp maksudnya tersirat. Hidup di dunia memang sekejap. Baru semalam terasa masih belasan tahun, sekarang da msuk angka puluhan. Jangan lupa kte masih ada akhirat yang kekal abadi dan sebelum tu masih ada alam barzakh. Tapi apa pun fokusnya dunia,iyalah tempat persinggahan dan persediaan untuk "fasa" seterusnya.Pastu kan ayat "always be yourself", maksudnya jadi diri sendiri,jangan hip0krit, tapi kalu dari asalnya,memang la kta xley jadi orang laen kan2? Cuma ana nk fokuskan pada pakaian. Kita orang Melayu, bukanlah nak suruh berkain batik dengan baju kedah sntiasa @ baju kurung je cuma kalau hendak berfesyen jangan lah asyik terikut dengan budaya yang terlalu "moden" sekarang, jangan takut di label outdated. xpe, x dapat pingat pun kalu kta updated dengan fsyen2 tu kan. Xdapat duit juta-jutaan pun. kalu pakai x kena cara, takut2 menambah saham di bahu kiri.Nauzubillah~ Ana sebagai perempuan malu lah sesangat klu nampak saudari2 ana y kurang cm/meter pda pakaian, terasa sesak dada,ana pulak terasa sendatnya. aiyo~

emm. Berbalik pada happy tadi, nak happy dengan tenang? mudah sangat. Baca Quran, percayalah ana. Quran tafsir terbaek. Tahu kan Allah tahu semuanya, xpayah sembunyi, yang baik yang buruk semua Allah tahu. Kadang-kadang kita je terlupa, Allah itu Maha Mengetahui.

" Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi,dan Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan a[a yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati" ( at taghabun : 4 )

Quran ada segalanya,kitab terbaik,panduan paling relevan. Ada satu masa, ana rasa kosong sangat, sunyi pun ada, iyalah, bosan, x happy,ana bertahlil,bertahmid dan ana slalu ucap" Ya Tuhan, bahagiakan lah aku". Ana ambil wuduk dan s0lat, kemudian baca al mulk, selesai baca ana selak2 helaian yang lain, semacam 1 rasa seronok datang bila ana bca terjemahan sebab masa itu lah Allah bahagiakan ana, ada ayat-ayat yang buat ana  tenang,ingat akhirat, ingat mati. ana x lupa janji ALLAH pda yang berpegang pada ketauhidan.

"Wahai manusia! Sungguh,janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah setan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah" ( fathir:5 )

Masing-masing muda,ana paham. Tapi sehingga bila mahu enjoy? mahu masih dalam kemaksiatan,kekufuran dan masih mahu berpaling dari syariat Islam? Hanya setebal Quran itulah terdapat larangan-larangan Allah yang diletakkan haram, sedang kenikmatan dan kehalalan yang xmgkin dapat dibukukan kita enggan syukuri. Tapi yang haram dan yang dilarang jadi perbuatan, syaitan bijak. Manusia lemah,itu fakta. Tetapi boleh jadi kuat kan? jom usaha sama-sama. perubahan itu datang secara perlahan..yang pasti dengan izin dan hidayah Tuhan..jangan sesekali tergesa takut diri tersungkur dalam perjuangan mentarbiyah diri dan hati...kuatkan hati...insyaALLAH Allah Maha Mendengar..baek hati...baek lah peribadi. 


Baek. Bersederhanalah saudara-saudari. Islam itu memudahkan. insyaALLAH. ^_________^


syukran jazilan~ wassalam..



2 comments: