Friday, May 20, 2011

Indahnya hiDup aturan Tuhan

"Aisya still go on lg??" tanya Mak Ngah sambil tersenyum.

Dalam hati Aisya beristighfar. Ya Allah,Mak Ngah masih ingat rupanya. Aisya terdiam, bibirnya senyum paksa pantas mengubah topik perbualan mereka kepada persiapan perkahwinan sepupunya tidak lama lagi. Namun kepala ligat memutar memori setahun lepas. Aisya masih ingat ketika ibu saudara kesayangan nya mahu menunaikan umrah, entah datang dari mana keberaniannya untuk mengirimkan sms tentang hajat di hatinya pada ibu saudaranya itu sebelum berangkat.

"Mak Ngah,Aisya suka dekat kawan Aisya seorang ni, dia tengah buat persediaan nak fly, mintak tolong Mak Ngah doakan kami dekat Jabal Rahmah boleh? Moga jodoh Aisya dan dia kuat. INSYA ALLAH"

Jabal Rahmah ialah sebuah bukit di Mekah di mana ramai orang ke sana untuk memohon hajat mendapat jodoh yang baik. Aisya dan kawannya itu saling menyukai. Tetapi,itu hal dulu-dulu. Penting kah? Aisya bangun dari sofa dan berjalan keluar,mengambil angin. Aisya tidak pernah menceritakan pada Mak Ngah perihal perpisahan mereka. Buat apa? Ini ketentuan Allah SWT, bukan caranya, Allah tak redha akan mereka. Cuma Aisya tak sangka ibu saudaranya masih ingat. Sudah lama pun. Aisya enggan memikirkan lagi,tidak. Dia lega, gembira saja. Lagipun Aisya masih muda,baru habis tahun pertama,pengajiannya masih berbaki 4 tahun. Lelaki? Tokan dah xda, "kawan' itu? dah lama tinggalkan dia. Aisya bertahmid, Alhamdulillah.Hatinya berbisik

"ya Allah,Kau begitu menyayangiku. Kau selamatkan kami dari terus menzalimi diri dengan berpaling padaMu,Kau turunkan hidayah pada kami. Kau terangi jalanku. Kau temani aku. Segala puji bagiMu Tuhanku,Ya Muqallibal qulub,sabbit qalbi a'ala dini' ( Wahai pemilik hati,tetapkan hatiku di jalanMu) "


Hidup akan selalu indah hanya jika mahukan ianya indah... 
Bagaimana? 
Bersandarkan pada agama Allah 
Tidak percaya? 
Ruginya wahai saudari saudari ku. 
Saudariku, 
Islam membuktikan wanita @ perempuan itu sangat dijaga. 
Memang sukar menjadi perempuan, 
Stokin,jilbab semuanya tertutup,sebab semuanya aurat. 
Ingat tertutup bukan "dibungkus" wahai saudari kesayangan. 
Kita akan sesekali di atas dalam kejayaan, 
Dan terkadang di bawah kerana kesilapan, 
Sebabnya mudah. 
Allah itu Maha ADIL, 
Tidak mungkin dibiarkan kita hanya merasa seronok di atas 
Perlu juga merasa sakit dan pedihnya berada di bawah 
jika dalam kesenangan ingat Tuhan,  
jika dalam kesusahan ingat juga Tuhan, 
Sebab menjadi hambaNya dan khalifahNya tujuan kita di muka bumi ini, 
Jangan lupa kita yang mencorakkan hidup sendiri, 
Kita bakal membenihkan soleh solehah. 
InsyaALLAH~

Bismilillahirrahmanirrahim~
katakanlah (Muhammad),"Dialah Allah,yang Maha Esa".Allah tempat meminta segala sesuatu.(Allah) tidak beranak dan tidak pula diperankkan.Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia ( al ikhlas )

Aisya membaca surah al ikhlas,subhanallah. Allah tempat meminta sesuatu ( ayat ke 2 surah al ikhlas ). Dia cuba kaitkan hidupnya dengan Tuhannya,dengan Islam. Semuanya kerana Allah. Semuanya ketentuan Allah. Ada hikmah di sebalik sesuatu. Bersangka baiklah pada Allah, nescaya Allah akan berbaik sangka pula padamu. Aisya teringat kata-kata sahabatnya,

"hidup kan selalu indah bila kta inginkan ia indah, walaupun berada dalam kesusahan, tetapi yakin musibah itu ujian dari Tuhan, terselit kemanisan sebab di sebalik kesulitan ada bersamanya kemudahan,yakin pada Allah,Allah yakin kembali pada kita. Dan Allah akan berikan kita pelangi sesudah hilang langit kelam yang membawa guruh dan petir, Sweet kan Allah? "

Aisya tersenyum membawa langkahnya kembali ke dalam. Mahu sediakan teh panas buat Mak Ngahnya. Terima kasih Mak Ngah~ Atas doanya dan atas kasih ibu saudaranya itu, Aisya akan berusaha lebih untuk menjadi muslimah yang lebih baik, amin :)

2 comments:

  1. alhamdulillah.. da jdik novel da~hua8... truskan mnulis.. best...

    ReplyDelete
  2. nur :: hahahahaa...ad0yai~ novel eh?? yelah..ley3...utk nur sume bley <3

    ReplyDelete