Sunday, May 8, 2011

Pahit itu manis


Usai solat asar,Aisya mencapai al mathurat. Dibacanya dengan penuh cermat dan penghayatan. Selesai doa rabitah, Aisya duduk termenung terasa pahit. Tiada lagi hubungannya dengan rakan-rakan lelakinya, sudah dia tegaskan, jika tiada hal,atau apa-apa yang penting,janganlah menegurnya sekadar  untuk berbual kosong. Dia juga sendiri memutuskan untuk tidak menghubungi senior lelaki yang paling rapat dengannya, Tokan. Teringat perbualannya dengan Tokan tempoh hari,

" Bosan lah,tak suka nak pegang handset sepanjang masa. Dulu kata "last" contact,tapi still contact jugak" luah Tokan pada Aisya.

Aisya terkesima. Ya,dia sering mengatakan ini dan itu last dari menghubungi senior nya itu. Tapi,apakan daya, hatinya enggan. Bukan dia tidak mampu,cuma hatinya berat. Jika dia benar-benar memutuskan untuk tidak lagi berhubung dengan Tokan, tiada sesiapa lagi sebab hanya tinggal Tokan,satu-satunya lelaki yang dia hubungi.Tetapi,ayat Tokan,seolah-olah inginkan Aisya jauh. Lalu Aisya berkata,

" Ukei,kita takkan contact dah. Maafkan Aisya kalau selama ni susahkan Tokan. Yelah,kena dengar semua cite Aisya yang entah ape-ape. Jangan benci Aisya ye Tokan" 


Aisya menutup matanya. Sudahlah, apa lagi untuk difikirkan. Allah disisinya. Allah penemannya. Allah pendengarnya. Perlukah lagi Tokan? Lagi pula, dia seakan tidak menjaga dirinya dari lelaki yang bukan untuknya. Dia bercakap dengan Tokan di telefon,kadang-kadang bergurau,entah manja entah tidak. Berjam-jam,lebih lama dari dia menghadap Yang Esa. "Ya Allah,ampunilah hambaMu ini,aku lemah dan aku hina."


Tidak Aisya nafikan,setelah dia berubah dengan imej bertudung labuh, dengan kelaziman dia ke surau setiap malam, usrah dan tazkirah, alunan al mathurat setiap pagi dan petang, dan diselangi dengan bangun malam. Dia semakin tenang, dia bahagia. Teringat kah dia untuk berbual-bual kosong dengan kawan-kawan lelaki nya? Ya, dia teringat dan dia teringin. Namun, ditahan dirinya. Tiada keuntungan buatnya, silap-silap bertambah dosanya, dia ter"manja" ke atau dia merindui kawan-kawannya itu. Astaghfirullah.

20 tahun,Aisya biarkan dirinya tanpa mencari jalan Tuhan. Aisya tidak mahu sampai ke tua baru hendak belajar agama, baru nak faham agama setelah berjuta-juta kesilapan dan dosa dilakukan. Mati itu boleh bila-bila. Mahukah mati dalam gelumang maksiat dengan lelaki yang belum pasti halal untuk dia? Atau mati tika tenggelamnya dia dengan tidak menjaga aurat dan batas pergaulannya dalam dunia y dikatakan Islamik?

Aisya menggeleng-geleng kepalanya,dia tidak akan zalim pada dirinya lagi. Islam itu indah dan memudahkan. Tidak disuruh memakai shawl y begitu sukar dibentuk sampaikan sakit tengkuk melilit. Dan tidak susah-susah untuk mencari pakaian y muat-muat tubuh sampaikan diri terasa tidak selesa. Hendak cantik? Bukankah ada air wuduk yang menjadikan wajah bercahaya semasa akhirat itu lebih cantik? Dia tidak lupa dunia ini persinggahan semata. 

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui" ar rum : 64 

Subhanallah,Alhmdulillah,Allahuakbar,Lailahaillallah bicara Aisya dalam hatinya. Tidak mengapa dia berkorban sekarang, sabarlah dan bertahanlah demi agama Allah. Dia tidak rugi. Allah bersamanya. Dia boleh. Tokan ada,di hatinya sebab dia takkan sesekali memutuskan ukhuwah antara mereka,begitu juga dengan Ijan,Adek,Azim dan yang lain. Aisya tersenyum akhirnya,dia akan doakan Tokan selalu, dan yang lain juga. amin. Janji Ilahi tersemat di hati.  Pahit itu terselit manis kerana Allah SWT.Allah huakbar!

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkau kan tenang diwaktu susah

2 comments: