Friday, June 24, 2011

sg petani vs SAINA~

bismillahirrahmanirrahim~ assalamualaikum wbr..

alhamdulillah3. I just came back fr0m a visit t0 sg petani kedah,precisely visiting saina [ p0kok sena sc sch0ol ]. Remembered h0w sucked up i felt when i was in kedah 3 years ago, still remembered i was s0oo not into that state. When i finished sch0oling, i said i w0nt come back f0r saina or even kedah if theres n0thing important but YET i still c0me n "ziarah".hahaa..

Kedah n its pe0ple is n0t really a rare place f0r me. i l0ve to see sawah bendang, i got excited. hoho. seriously. and in a simpler language, "utara ni besa ja utk ana", bec0z my mum origin is Nibong tebal thus since i was very y0ung, i learned t0 speak the language but i never once give a shot. s0o, when i got the offer to go to saina after umrah [ actually that letter arrived when we were still in Mekah, my dearest neighb0ur kept that letter safely n i was t0tally sh0cked when i found out about the offer and i cried badly bec0z my d0a in fr0nt of baitullah had been granted by Allah SWT,alhmdulillah3 ], i just knew that i had to go no matter what.

chantek kan chantek? subhanallah~

s0o, there i went spending my 2 years [ approximately 1 1/2 year only as i registered late ] of sch0oling. t0o many things happened and what i knew now everything that happened in Saina is h0w Allah SWT taught me about hardship is the way to gain ur patience,ur determination, ur wisdom n to show how differ pe0ple is. There i learned which is which. S0o last wednesday,i went t0 saina with my adek [junior actually] nurhanis zaroni @ hanz n latifah and hanz's br0ther brought us there. thanks mamat. haha

me n hanz~ *tgk kat mna tuh hanz..haha*

tcer n me~
gazebo baru byk~ excited sgt!


i met tcer zizah [ the m0st amazing,l0ving teacher ever],alhmdulillah. n also cikgu man [ my add math tcer, i was h0rribly bad in calculation ],also ckgu fathiyah, ckgu hussaini, ustaz halim, ckgu nadia, tcer maizurah and one of my favourite sir,sir suki [thank you sir, u had been such an attentive sir ], we went t0 surau, best3! i missed "s0lat jemaah" n i can still flashed back all the memoirs. sangat indah bila berkumpul kerana Allah SWT. subhanallah~

pintu nostalgia...hehehehehee

bes3..surau2 :)
lastly, i went t0 hostel. s0o much impr0vement, i like it, even DM [dewan makan] became more cheerful. like3. n the best part of all, meeting my dearly juniors!!! subhanallah,alhmdulillah. They were all fit,healthy n cutie as ever, "adek2 akak, i miss n l0ve u all so much bec0z of Allah"~ thahirah,nadroh,raisya,wahida,nadia,ju [ n sumelah..serious ]

but n0t f0rgetting SG PETANI~ hahaa..i stayed at hanz's place. They had been very acc0modating. Pak cik n mak cik treated me well. Mamat thanks a l0t for driving us around n Afifah Suhemi,thanks for showing me TESCO SP Selatan.HAHAHAHAA.. nnti kta buat lg k. Actually, SP is a bit sentimental place for me BUT i always says there must b a l0ss to gain something else. Right? Allah wont gave us anything f0r free, i l0st a pers0n but i got 4 new friends [aizat,fizah,fatin.ina], i endure hardship and in return Allah gave me a good course for degree [ just finished my 1st year in dentistry,alhmdulillah] and l0ts of great buddies in campus.


always remember. bear in mind keep in your heart that~

whenever Allah test y0u~it is NEVER to DESTR0Y you..when He rem0ves something in your p0ssession,it is ONLY tO empty your hands..f0r an even greater gift! 

and pray,


O Allah , When I lose hope because
My plans have come to nothing....

Then Help me to remember that your Love is 
Always greater than my Disappointments".
lastly,practice this one. s0o we will always be happy~

Dua Hal Yang Mesti di lupakan : 
1. Kesalahan Orang Lain padaku... 
2. Kebaikanku pada Orang lain 

&… 

Dua Hal yang Mesti di Ingat : 
1. Kesalahan ku pada Orang lain 
2. Kebaikan Orang lain pada ku

lets muhasabah n practice t0gether. ukei? m0ga Allah sntiasa barkahi kta..InsyaALLAH~
a part of saina..purplish..hoho~

dewan makan da chantek~

aspuri da chantek~



Monday, June 20, 2011

tentang bUnga & tentang kUmbang

bismillah...assalamualaikum wth~ hari ini ana nak bersembang lagi..tentang bunga dan tentang kumbang :)

bunga ibarat seorang gadis. dan kumbang mestilah seorang lelaki~ masih ingat entry kisah gadis itu? http://diariseoranghambamu.blogspot.com/2011/04/kisah-gadis-itu.html. Dan ini sekuel nya.





Si Bunga kini sedang cuti semester, bahagia berada di rumah, giat menolong ummi ayah dengan kerja-kerja rumah. Bunga juga seronok sebab dia dapat berjumpa sahabat-sahabat lamanya. Lama sudah tidak berjumpa. Macam-macam diceritakan,, biasalah, perempuan pun. Tapi, kadang-kadang Bunga teringatkan Kumbang. Sehat kah? Macam mana stdy Kumbang ? Baik2 saja kah sepertinya. Alhamdulillah, sememangnya Allah menjaga Bunga, Bunga yakin. Tanpa kasihNya tak mungkin Bunga cemerlang dalam peperiksaan akhirnya. Bunga teringat lagi, kan Kumbang dah ada Mawarnya, perlukah dia teringatkan Kumbang yang mungkin dah bosan dan tidak suka padanya,namun Bunga tersenyum. 


Bunga bukanlah ingin kembali pada Kumbang,
Kerana cintanya pada Allah sudah mekar,
Melebihi kasih dan cintanya dulu pada Kumbang.
dan mencintai Allah mengajarnya untuk sabar.


Bunga sekadar ingin menghulur ukhuwah,

Pada Kumbang yang semakin menjauh,
Bersahabat dengan niat kerana Allah,
Pasti lebih baik daripada bercinta yang sering rapuh.

Pada Bunga,Kumbang sebaiknya lelaki,
Pada mata dan hati,
Apa yang berlalu biarlah pergi,
Sebab waktu yang berlari takkan pernah bisa kembali lagi.

Sebab Bunga sudah pun bahagia,
Dengan kasih Allah padanya,
Kasih sahabat2 dan kasih keluarga,
Mekar berlabuh dalam hatinya.

Ya mungkin Kumbang menolak hadirnya Bunga,
Yang mahu bersahabat hingga ke syurga,
Mungkin dit0lak kini tapi tidak selamanya,
Sebab yakinnya Bunga pada Yang Esa.

Bunga yakin pada Allah, tentu, sebab Dia Pencipta dirinya. Pasti Allah tahu yang terbaik buat diri Bunga. Dulu hatinya yang remuk redam diserahkan bulat-bulat pada Allah SWT, bak kata Fatimah Syarha "seremuk manapun hati,bentuklah ia kembali dan serahkan pada Ilahi"

Tidak percaya pada Allah? Yakin pada Allah? ruginya, sebab Allah teramatlah dekat dengan kita. Tidak perlu main sorok-sorok dengan Dia sebab Dia tahu segalanya.

Firman Allah, "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati" al mulk : 13

Redha segalanya dari Allah dan kita sendiri pun datang dariNya dan akan kembali padaNya. Bunga tahu mungkin ada yang berkata " Pandai dia bercakap sekarang,dulu teruk jugak" Manusia berubah dengan izinNya dengan rahmat Nya dan yang pasti dengan hidayah dariNya. Teringat kata-kata seorang sahabat," Tidak perlu nak tunggu jadi baik baru nak cakap benda baik2 sebab tiada yang sempurna melainkan hanya Dia" 

Kumbang sentiasa di hati Bunga, sebagai seorang sahabat. Bagaimana sekalipun Kumbang melayan Bunga, Bunga akan tetap tenang dan sabar. Sebab niatnya pada Kumbang, lillahiTaala. Biar apa pun orang lain kata, tidak penting, yang penting bagaimana kata Allah tentang diri Bunga. Muhasabah diri sentiasa sebab semuanya kerana Allah dan dengan izin Allah. Bunga selalu mengingatkan dirinya, Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan. Percayalah. Dan yang paling dia sukai, nasihat seorang sahabat "Kumbang bukan seekor...hehee"


Hidup di dunia ini hanya sebentar saja Bila duka bila tawa smoga hati kembali pada Nya
Waktu yang berlari takkan pernah bisa kembali lagi
Bila perih bila sedih air mata bukan segalanya

Hanya hamba Allah yang slalu berserah Hanya hamba Allah yang slalu berpasrah
Karna segalanya tergantung pada Nya
Hanya pada Dia semua bermuara

Detik waktu kan berlalu
Suka dukakan berlalu
Tiadalah semua abadi
Tangis tawa airmata
Semuakan berlalu dan pergi ^_____________________^




Thursday, June 9, 2011

syukur,ini dariMu~

Ummi membelek-belek surat-surat yang baru sampai hari ini. Ummi tersenyum, " Aisyah,ada surat ni,dari UiTM"~


berlarian Aisyah dari dapur menghampiri ummi kesayangannya sambil separa menjerit "Jangan bukak,jangan bukak" Ummi tersenyum lagi lalu menyerahkan surat itu kepada Aisya. Aisyah sedia tahu dalam sampul itu terdapat slip peperiksaannya. Slip yang tertera keputusan akademik sepanjang tahun pertama pengajiannya. Berdebar Aisya mengoyak sampul surat itu,dibukanya slip keputusan yang terlipat kemas,dan kalimah "Alhamdulillah" terucap. Aisya lalu ke bilik ummi dan ayah dan slip keputusan dihulur pda ayahnya. Deretan A sepanjang setahun pengajian membuatkan kedua ibubapanya menguntum senyuman. Diusap kepala Aisyah sambil mengucap syukur. Aisyah gembira,hatinya puas bila melihat kebahagiaan ummi dan ayah.

Aisya masuk kebiliknya, dicapai sebuah buku motivasi nukilan Hilal Asyraf. Dia senyum lagi. Masih teringat dulu-dulu die mengeluh sukarnya hidup di sekolah berasrama, bermacam ragam, dan dia bertemu dengan pelbagai jenis orang yang berlainan perangai, susahnya, pedihnya hidup. Namun kini dia seronok sahaja, usianya meghampiri 20 tahun, tetapi Allah telah mengujinya dari segenap sudut, nikmat kesihatan, nikmat iman dan nikmat kesenangan dunia. Aisya lebih suka mengaitkan semua yang terjadi padanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah, " kun fayakun", baik buruk yang berlaku, diserah bulat-bulat kerana Allah, kalau baik,alhamdulillah, kalau buruk, Allah sedang memberi pengajaran pada dirinya. Allah tahu yang terbaik atas apa jua yang berlaku. Aisya berpegang dengan mutiara kata Hilal Asyraf,
" Aku tidak selalu mendapatkan apa yang aku sukai, oleh itu aku menyukai apa yang aku dapati"

seperti firman Allah,
"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagiMU,. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


Sebatang pen berwarna hijau dan sehelai kertas dicari, Aisya mula mencoret~

Benar, kita perlu rasa susah, untuk rasa senang, 
Benar, perlu mengharung onak duri,sebelum melintasi jalan yang selamat,luas x bertepi, 
Benar, perlu sesekali rasa perit di bawah,untuk belajar bersyukur bila berada di atas,subhanallah, 
benar, perlu jatuh ke bawah seorang diri,sebelum gagah kembali berdiri, 
Benar, perlu jumpa orang-orang yang menguji kesabaran dan hati,untuk Allah pertemukan orang yang menjadi penyejuk hati di kemudian hari, 
Benar, perlu diuji keimanan,sebelum dinilai sebab kita tahu sukarnya cabaran akhir zaman, 
Benar, sekali berpaling kerana dosa,untuk kembali itu sakit kerana sesalan tidak terhingga, 
Benar, pahitnya berjuang di jalan Tuhan,sebelum kita merasa manisnya ganjaran di penghujung jalan. 
Benar, Kehidupan ini sementara,untuk kita mengejar akhirat yang selamanya..

Allah itu Maha Pengampun,
diampunkan dosa hambaNya yang seluas lautan,
Allah itu Maha Penyayang,
diberikan nikmat walaupun iman di dada senipis kulit bawang,
Allah itu Maha Kuasa,
ditentukan urusan serta takdir supaya hambaNya berusaha & tidak lepa,
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!



Aisya berhenti seketika, air matanya mengalir. Hati kecilnya berbisik, "Ya Tuhan betapa penyayang diriMu pada hambaMu yang terkadang lupa padaMu,yang hatinya terkadang lalai dari merinduiMu, yang anggotanya terkadang liat beribadat kepadaMu walaupun segunung nikmat telah Kau curahkan~" Aisya menyeka air matanya, lantas ke bilik air,berwuduk lalu solat syukur. Esok masih ada untukku perbaiki diri. insyaALLAH~


♥ ♥ ♥ Jangan kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku, Aku juga sepertimu yang sedang mencari-cari sinar cahaya, Buat menerangi sepanjang perjalanan...Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi...Tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, Menjaga gerak geri..Kerana Akhlak Itu Bunga diri. dan kerna yg tertutup itu lebih indah...RENUNGAN BERSAMA...♥♥