Thursday, June 9, 2011

syukur,ini dariMu~

Ummi membelek-belek surat-surat yang baru sampai hari ini. Ummi tersenyum, " Aisyah,ada surat ni,dari UiTM"~


berlarian Aisyah dari dapur menghampiri ummi kesayangannya sambil separa menjerit "Jangan bukak,jangan bukak" Ummi tersenyum lagi lalu menyerahkan surat itu kepada Aisya. Aisyah sedia tahu dalam sampul itu terdapat slip peperiksaannya. Slip yang tertera keputusan akademik sepanjang tahun pertama pengajiannya. Berdebar Aisya mengoyak sampul surat itu,dibukanya slip keputusan yang terlipat kemas,dan kalimah "Alhamdulillah" terucap. Aisya lalu ke bilik ummi dan ayah dan slip keputusan dihulur pda ayahnya. Deretan A sepanjang setahun pengajian membuatkan kedua ibubapanya menguntum senyuman. Diusap kepala Aisyah sambil mengucap syukur. Aisyah gembira,hatinya puas bila melihat kebahagiaan ummi dan ayah.

Aisya masuk kebiliknya, dicapai sebuah buku motivasi nukilan Hilal Asyraf. Dia senyum lagi. Masih teringat dulu-dulu die mengeluh sukarnya hidup di sekolah berasrama, bermacam ragam, dan dia bertemu dengan pelbagai jenis orang yang berlainan perangai, susahnya, pedihnya hidup. Namun kini dia seronok sahaja, usianya meghampiri 20 tahun, tetapi Allah telah mengujinya dari segenap sudut, nikmat kesihatan, nikmat iman dan nikmat kesenangan dunia. Aisya lebih suka mengaitkan semua yang terjadi padanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah, " kun fayakun", baik buruk yang berlaku, diserah bulat-bulat kerana Allah, kalau baik,alhamdulillah, kalau buruk, Allah sedang memberi pengajaran pada dirinya. Allah tahu yang terbaik atas apa jua yang berlaku. Aisya berpegang dengan mutiara kata Hilal Asyraf,
" Aku tidak selalu mendapatkan apa yang aku sukai, oleh itu aku menyukai apa yang aku dapati"

seperti firman Allah,
"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagiMU,. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


Sebatang pen berwarna hijau dan sehelai kertas dicari, Aisya mula mencoret~

Benar, kita perlu rasa susah, untuk rasa senang, 
Benar, perlu mengharung onak duri,sebelum melintasi jalan yang selamat,luas x bertepi, 
Benar, perlu sesekali rasa perit di bawah,untuk belajar bersyukur bila berada di atas,subhanallah, 
benar, perlu jatuh ke bawah seorang diri,sebelum gagah kembali berdiri, 
Benar, perlu jumpa orang-orang yang menguji kesabaran dan hati,untuk Allah pertemukan orang yang menjadi penyejuk hati di kemudian hari, 
Benar, perlu diuji keimanan,sebelum dinilai sebab kita tahu sukarnya cabaran akhir zaman, 
Benar, sekali berpaling kerana dosa,untuk kembali itu sakit kerana sesalan tidak terhingga, 
Benar, pahitnya berjuang di jalan Tuhan,sebelum kita merasa manisnya ganjaran di penghujung jalan. 
Benar, Kehidupan ini sementara,untuk kita mengejar akhirat yang selamanya..

Allah itu Maha Pengampun,
diampunkan dosa hambaNya yang seluas lautan,
Allah itu Maha Penyayang,
diberikan nikmat walaupun iman di dada senipis kulit bawang,
Allah itu Maha Kuasa,
ditentukan urusan serta takdir supaya hambaNya berusaha & tidak lepa,
Subhanallah, Alhamdulillah,Allahuakbar!



Aisya berhenti seketika, air matanya mengalir. Hati kecilnya berbisik, "Ya Tuhan betapa penyayang diriMu pada hambaMu yang terkadang lupa padaMu,yang hatinya terkadang lalai dari merinduiMu, yang anggotanya terkadang liat beribadat kepadaMu walaupun segunung nikmat telah Kau curahkan~" Aisya menyeka air matanya, lantas ke bilik air,berwuduk lalu solat syukur. Esok masih ada untukku perbaiki diri. insyaALLAH~


♥ ♥ ♥ Jangan kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku, Aku juga sepertimu yang sedang mencari-cari sinar cahaya, Buat menerangi sepanjang perjalanan...Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi...Tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, Menjaga gerak geri..Kerana Akhlak Itu Bunga diri. dan kerna yg tertutup itu lebih indah...RENUNGAN BERSAMA...♥♥

2 comments:

  1. Tahniah tahniah tahniah.
    Moga cemerlang didunia dan akhirat.
    Baca surah An-Nasr. Di sana kita diajar cara menerima kejayaan.

    Tahniah juga atas pelancaran blog ini. Suka.

    ReplyDelete
  2. salam alaikum ya habibati.. =]


    teringat kata2 sahabatku di matriks dlu..

    [ kenapa jlan jihad itu pahit?? ini adalah kerana.. syurga itu indah.. ]

    dengan itu, duhai hati, bsabarlah atas apa yang menimpa dirimu.. bsyukurlah dgn apa yg dikurniakan Dia atas dirimu.. btahanlah dengan kegagalan yg pnah dilalui.. bsmgtlah utk hari2 yang mendatang.. kerana.. selagi kita mencuba.. selagi itu hati kita belajar ttg kehidupan..

    benar, hidup itu payah, ttp mati itu lagi payah jika tidak diurus oleh hidup.. bukankah begitu ?

    =]

    lots of love, ur sis :*

    ReplyDelete