Sunday, July 31, 2011

cahaya Ramadhan



hujan yang tadi lebat beransur-ansur menjadi renyai-renyai. Aisya tersenyum,alhamdulillah, Allah tahu yang dia ingin pulang awal ke bilik dari pusat Islam, sekadar hujan rintik sudah pasti memudahkan dia pulang tnpa basah lencun.  Quran yang dipegang lantas disorokkan di bawah tudungnya, beg yang dibawanya hampir separuh dlindungi juga oleh tudungnya. Aisya memulakan langkah dengan kaki kanan seraya membaca bismillah, sambil berjalan Aisya bertasbih,bertahmid,bertahlil. Kurang 15 minit, dia sudah smpai di foyer blok nya. Hanya pergelangan tangan ke bawah sahaja yang basah. Alhamdulillah. Bila kaki Aisya mula melangkah menaiki tangga menuju ke bilik, hujan yang tadi hampir berhenti kembali lebat. Subhanallah! Detik hatinya, sungguh ALLAH Maha Mengasihani.

Iya, dia pulang keseorangan. Tidak mahu menyusahkan sahabat2 yang masih makan. Dia bukan pulang keseorangan. Allah kan penemannya. Aisya bahagia. Awal pagi tadi die berqiamulillail bsma sahabat2 di pusat Islam. Berimamkan Syeikh Abdul Karim Omar Fatani, salah seorang imam masjid negeri, Aisya merasakan seperti die kembali ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Suara Tuan Sheikh yang merdu melagukan kalimah Tuhan langsung menyebabkan dia segar sepanjang qiam. Bijak Tuan Sheikh membaca Quran dengan lain-lain taranum utk mengelakkan makmumnya mengantuk. Saat Tuan Sheikh menangis dalam doanya, air mata Aisya tumpah, ya, mungkin dia tidak faham keseluruhan doa tersebut, namun sebahagian yang dia fahami sudah ckup membuatkan air matanya tumpah. Subhanallah.

Kuliah subuh selama sejam lebih pagi itu seakan tidak terasa. Terpana dengan gaya Tuan Sheikh meyampaikan kuliahnya, banyak yang tuan Sheikh kupaskan,namun yang paling berbekas bila tuan Sheikh menyeru untuk memanfaatkan masa terluang dengan solat,mengaji Al-Quran dan baca hadis. Kata tuan Sheikh, mungkin masa terluang sekarang ini milik kita, tapi selepas ini milik orang lain. Kesihatan yang baik sekarang milik kita, mungkin es0k2 bukan lagi, jadi apa yang kita buat dengan masa dan kesihatan tersebut?? Berdating? Menonton filem,drama? Melepak? Mengumpat? Tuan Sheikh bertanya, ada 30 minit kita luangkan untuk solat? Aisya terus segan, dia mencongak, mungkin hanya ckup2 30 minit dr 1440 min [24jam] yang Allah beri. Mana pergi beratus minit y lain. Aisya malu sendiri. Astaghfirullah.

Ramadhan kareem kali ini, Aisya bertekad dia tidak mahu bermalas-malasan lagi. Ckup 19 ramadhan sepanjang dia bernafas di atas bumi Allah dia endah tidak endah dengan ibadat nya. Buat tidak sepenuh hatinya. Tazkirah malam itu, ustaz kata gred lah diri kita. Mungkin dulu masa jawab paper pendidikan Islam kita dapat A setiap kali exam. Tapi kita benar-benar layak kah dapat A di sisi ALLAH? Apa gred kita di sisiNya. Kalau la setiap solat fardu 25%, 5x solat = 100 % [A+]. Tapi kalau 3 x solat= 60% [B]. Lulus dah kalau ikut exam. Jadi sahabat, anda HANYA MAHU sekadar luluskah di sisi Allah,di akhirat khususnya?tidak mahu CEMERLANG?

Tuan Sheikh Abdul Karim menyarankan ayat2 Al-Quran sebagai muzik di hati. Kan imam2 tersohor lain lagu yang dialunkan ketika mengaji? jadinya, dengar bacaan2 imam, lain2 bacaan, lain2 kemerduannya. Aisya sendiri terpesona, hatinya khusyuk bila mendengar bacaan2 imam As Sudais [bekas imam besar Masjidil Haram] dan imam Mahir [ imam besar Masjidil Haram sekarang].  Aisya tahu manusia lemah, siapa yang mampu istiqamah dalam pekerjaannya,dalam ibadatnya, dia hebat. Dan tarbiyah hati juga sukar. Orang Islam yang belajar agama dari kecil berapa ramai mampu mempraktikkan Islam dengan sebenar-benarnya. Kira sahabatku kira.

Jadi beruntung pada siapa yang memperoleh taufiq[bimbingan] Allah. Benar kata ustazah temp0h hari, hidayah Allah di mana-mana. Cuma bimbinganNya hanya terpilih mampu meraih. Kita sebagai hamba, tidak lain tidak bukan hanya mampu meminta pertolongan dariNya.

"Katakanlah pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan"  az- Zumar:44


Jalan Tuhan tidak mungkin akan mudah, jalanNya pasti berliku. Namun setiap liku punya hikmah sendiri. Kerana yang perit punya manis di kemudiannya. Yang sulit ada kemudahan di sebaliknya. Janji Allah itu benar dan Dia tidak akan sesekali memungkiri janji Nya.

memetik kata-kata sahabat @ saudara Aisya,

jadilah sperti iceberg... yg timbul tu hanyalah sedikit dari kehebatannya yg sebenar... dasar iceberg tu lg kukuh.. walau org x nmpak.. yg penting kekuatan dlman kita.. itu yg Allah pandang.. walau sehina mana pown kita di mata manusia yg penting kita hebat dmata Allah.... IA.. ALLAHUAKBAR!!!


Salam Ramadhan Karim.  Semoga cahayaNya menyinar diri sepanjang perjalanan. Istiqamah, tarbiyah, insyaALLAH~

2 comments: