Tuesday, July 26, 2011

kami merindukanMu~

Aisya terjaga dari tidurnya. Lantas tangannya mencapai handset yang berada di atas meja, jam baru menunjukkan pukul 4.20 pagi. Mindanya berkata, "Bangun tahajud! bangun qiam Aisya! " Dirinya masih ingin bergolek-golek atas katil dan menyambung tidur namun hatinya berazam bangun. Alhamdulillah.




Sekarang Aisya sedang menempuh tempoh intersesi di kampusnya.Intersesi Masih berbaki 2 minggu lagi, tinggal seminggu lagi Ramadhan akan mengunjungi. Perasaan Aisya bercampur baur, xcited ada, sebak p0n ada, gembira lebih2 lagi. Excited sebab da mula nak berpuasa, ibadah wajib yang dia tunggu-tunggu setiap tahun, gembira banyak sebabnya, tahun ni Aisya akan puasa dan terawih di rumah, selalunya dia di kampus atau di asrama masa zaman sekolahnya, gembira sebab dia akan berusaha menyumbang sebanyak tenaga yang termampu untuk berbakti pada ummi ayah untuk persiapan raya dan jugak kebajikan ummi ayah,contohnya menyediakan sahur dan tolong seterika baju kerja ummi ayahnya.insyaAllah. Kwan-kawan buat jugak ya? :)

Aisya sayang kawan-kwannya,sayang teman-temannya. Bila kawan-kawannya join s0lat jemaah di surau maghrib dan isya', hati Aisya berbunga riang. Dia suka bila mereka berkumpul kerana Allah, sama-sama mengaji, sama-sama berkongsi dalam bertazkirah. Aisya lebih-lebih gembira jika ada senior join sma. Hnya Allah yang tahu betapa bahagianya dia. Semalam Aisya bangga dengan sahabat-sahabatnya, dia terpaksa meninggalkan mereka untuk menghadiri usrah di blok lain. Hatinya bimbang sebenarnya,takut sahabat2 tak stay sehingga isyak. Namun dia serahkan pada Allah untuk menjaga mereka. Dan alhmdulillah3 sahabat2 nya stay, s0lat jemaah bersama dan yang terbaik mereka mengaji dan hafal dan lancarkan surah yang dia minta, surah At-Takatsur dan surah Al-Maun.Aisya bangga dengan mereka. Seronok! Aisya tahu Allah menjga ikatan-ikatan hati antara mereka. Subhanallah!


sebagaimna dalam surah Al-Anfal,ayat ke 63,
" dan Dia (Allah) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua [kekayaan] yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah Mempersatukan hati mereka. Sunngu, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana"

Lihat bagaimna Allah sebgai pemilik hati, dan Dialah yang mampu menyatukan hati2 kita. Timbunkanlah segala harta yang kita mampu kumpul di atas bumi Allah ini, xkan mungkin hati2 kita akan bersatu tanpa izinNya. Meski 2 orang yang saling mencintai pun xkan hati mereka bersatu tanpa izin dan redhaNya. Lebih terbaik jika cinta mereka berlandaskan agama. Allah sebagai pelindung,sebagai penjaga. Sweetkan cara Allah. Tiada tempat pergantungan lain selain Dia. Demi Allah, semoga ikatan hati Aisya dan sahabt2 nya berpanjangan. Kerana Allah, Aisya akan setia pada sahabat-sahabatnya.

Dia bukan mahu nama atau "fame" bila Aisya mula bertekad berjuang atas jalan Allah. Dakwah itu tanggungjawab semua. Cuma bergantung pada kesanggupan seseorang untuk menyahut seruan Allah. Benar kan? Manusia dicipta sebagai HAMBA dan KHALIFAH. Jangan menidakkan tugas2 ini sahabat-sahabat. Dan dia bukan mahu riak,sebab yang pasti masih ada yang lebih baik darinya. Aisya cuma xkan putus memperbaiki diri. Dulu dia rasakan tudung bidang 50 sudah cukup labuh,tetapi kini tudung bidang 60 yang menutupi diri dirasakan tidak cukup panjang. Banyak lagi ilmu yang Aisya ingin kumpul dan sampaikan. Yang penting, di hatinya manusia semua sama d sisi Allah kecuali tahap keimanan. Jadi dia x kisah jika orang yang hendak menyampaikan ilmu itu bagaimnapun penampilannya. Renungkan ayat ini, " Lihatlah pada apa yang hendak dikatakan bukan dilihat pada siapa yang berbicara".

Topup iman sebagaimana anda t0pup kredit tiap2 minggu. Rajinkan diri ke surau,rajinkan diri ke usrah, berzikirlah, dan ringan-ringankan diri ke majlis agama. Cari agama sebelum agama itu meninggalkan kita kerana kita tidak pedulikannya. Dan tingkatkan usaha utk tahajud. Belum cuba belum tahu. Cubalah. Katakanlah "kami merindukanMu Tuhan, dan Dia Maha Mendengar segalanya mahupun sekadar bisikan hati"


"Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah...."


*selamat menjalani ibadah puasa sahabat-sahabat, semoga amal kita luarbiasa dalam bulan yang barakah ini, iALLAH. Perbaiki diri untuk menjadi s0leh dan s0lehah. ameen ^_____________^ *

2 comments:

  1. Selamat Menjalani Ibadah Puasa juga ya~peace :)

    ReplyDelete
  2. assalam aliaa.. iya.. sma lah..selamat bpuasa dan beribadah syg... :)

    ReplyDelete