Wednesday, July 13, 2011

katakanlah "aku redha"

Pernah ditinggalkan kekasih? Pernah mendapat markah rendah dalam kelas? Pernah bergaduh dengan kawan baik? Pernah menjadi umpatan orang sedang anda tidak bersalah? Pernah rasa "down" tiba2?

Subhanallah. Jika anda pernah merasai satu atau lebih situasi di atas, alangkah bahagia nya anda kerana Allah sedang menguji kekasih-kekasihnya. Hanya bila mencintai barulah kita rasa ingin menguji kekasih kita. Benarkan? sesiapa yang pernah dilamun cinta tidak akan menidakkan fakta ini. Begitu juga lah cerita cinta kita dengan Kekasih terangung Allah SWT. Kenapa kekasih? Jangan malu mengaku di sebalik kehebatan cinta kita pada manusia LEBIH agung lagi cinta ALLAH pada kekasihnya. Pada kita. Tapi ukuran kedalam kecintaan kita itu seluas cintaNya? Tanya diri anda.

Aisya berhenti sebentar dari berfikiran. Ligat otaknya memutar soalan. Apapun jua,Suka dia mengingatkan diri, tidak kira diuji dari sudut keimanan,nikmat kesihatan, rezeki dan lain-lain. Wajib ditanam dalam hatinya semuanya dari Allah. Pahit sekalipun akan perlahan-lahan terasa sperti madu bila hati mula berkata , " Aku redha wahai Tuhanku atas semuanya kerana hanya Engkau yang lebih tahu terbaik buatku"

iya, REDHA perktaan cukup ringkas tetapi sangat sukar dilakukan. Senangkah seseorang yang normal apabila dia mengalami kemalangan dan menjadi lumpuh anggota badan  akan terus menerima hakikat yang yang dia kini dilabel "CACAT"? Jawab sahabat2 Aisya. Tahukah kamu Aisya dulu hampir lumpuh sebahagian muka nya kerana kesan neurology semasa kecil,tetapi untuk menerima keadaan diri, air mata sudah kering untuk ditangiskan apabila doktor mula melabel dia sebagai cacat. Namun, berkat doa dan usaha berterusan, Aisya kembali sihat walaupun ketidaksempurnaan itu masih ada, sekurangnya Aisya tahu apa rasanya bila sesuatu nikmat kesihatan itu Allah tarik.



firman Allah SWT dalam surah Ar-Rahman,
"Maka nikmat Tuhan Mu yang manakah kamu dustakan?" : 13

jangan kita sesekali lupa bahawa setiap yang kita miliki,deria,kesihatan,harta, dan segalanya hanyalah suatu pinjaman dr Allah SWT. Segalanya hak Allah SWT. Bila Allah tarik sesuatu nikmat ialah untuk menyedarkan kekasihnya yang sedang lalai dr mengingatiNya. Sebab Allah rindu pada kita,rindu pada esak tangis kita memohon padaNya, Allah cemburu bila kita sayang yang lain lebih dariNya. Perasankah kalian?

Redha sukar tetapi akan menjadi kemudahan bila kita biasakan. Biar sekecil-kecil dugaan, contohnya kehilangan wang rm10,kita redha,pujuklah diri, katakanlah bukan rezeki kita untuk membelanjakan rm10 tersebut. Sama juga bila kita mungkin terjatuh, kaki terkehel, tak dapat pergi menonton wayang, kita pujuk diri dengan katakan subhanallah,Allah sudah selamatkan aku dr menjejaki tempat-tempat yang boleh melalaikan hatiku,melalaikan jiwaku, tempat tinggal syaitan, sekurang-kurangnya kita boleh cuba jauhi tempat-tempat tersebut. Bukan terus tidak pergi menonton wayang,tetapi perlahan-lahan. Allah Maha Melihat usaha kita. Yakinlah padaNya.

Allah memberi kita kecukupan apa yang ada. yang sebenarnya kecukupan atas apa yang kita PERLU. kita yang sering mencari lebih dari cukup. itulah nafsu. itulah istimewanya manusia. Sayang nafsu yang berlebihan membinasakan dan lebih mudah syaitan mmbisikkan ke telinga. Sebenarnya cukup sahaja kasih sayang Allah dan keluarga serta rakan-rakan sebelum berlangsung akad buat seseorang. Itu cara ISLAM bukan? Tetapi mengapa ada yang mencari yang tidak pasti? Aisya teringat syarahan Ustzh Khauria tempoh hari, lelaki dan perempuan auranya berlainan,cas positif dan negatif. Sebab itulah Islam sangat menjaga batas-batas pergaulan. Malang bila syaitan mula memainkan peranan, antara seorang lelaki dan perempuan boleh hanyut. Kata-kata sahabat nya syahir, "jodoh itu rahsia Allah, Allah ni SWEET juga kan?"

Kita akan membenci sesuatu yang baik untuk kita dan menyukai sesuatu yang buruk untuk kita. Tercatat dalam firman Allah bukan? Hebatkan Allah, dia mencipta kita dan Dia juga tahu kita akan berperangai sebagaimana. Subhanallah, sebab itu akal dikurniakan,untuk menimbang baik buruk sesuatu, macam simple tetapi masih sukar dilakukan, benarkan?

"katakanlah Muhammad, " Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun keburukan itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepasa Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat, agar kamu beruntung" al maidah : 100

Aisya menutup tafsirnya. Terasa penat menulis di blog. Harapannya moga Allah memberikan cahaya petunjuk kepada yang membaca penulisannya. Bukan kemegahan yang dia kejar, bukan populariti namun secebis perhatian buat semua yang sudi membaca apa yang ingin disampaikan dari hatinya. Dia tidak sempurna,dia hamba Allah yang biasa, namun dia belajar REDHA atas kehidupan dunianya yang semakin singkat. insyaALLAH jom sama-sama tarbiyah hati muhasabah diri. ameen~

Daripada Muawiyah Bin Abu Sufiyan,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan kepadanya,maka Allah akan memberikan kepadanya kefahaman dalam agama" ^^

wassalam...

4 comments:

  1. time kaseh atas secebis ingatan buat hambaNya yang seringkali alpa,,,

    ReplyDelete
  2. AOLI :: assalam ukhti..sama2.. m0ga y tbaik buat smua..iAllah~

    najihatussolehah :: assalam..alhmdulillah..syukran..m0ga ada yang dpt jd pedoman :)

    ReplyDelete