Tuesday, August 23, 2011

tanyalah hati

"Adik tak boleh bayang bila kakak dah kahwin nnti..."

 "Kakak lagi x boleh bayang rasanya sayang", bisik hati kecil Aisya. Aisya memandang adik b0ngsu kesayangannya  dalam-dalam, kemudian dia senyum. Ya, dia tidak bersedia lagi untuk meninggalkan keluarganya, banyak lagi tanggungjawab yang belum Aisya lunaskan. Dia masih belum jadi anak yang solehah buat ibu bapanya, belum jadi adik yang boleh abangnya banggakan dan kakak yang boleh adik-adiknya jadi tempat mengadu. Masih berusaha dan tidak mungkin putus asa. Andai suatu masa dia sudah jadi apa yang dia idamkan buat keluarganya, tanggungjawabnya terhadap mereka tidak akan pernah selesai, yang pasti hingga sampai Malaikat maut mencabut nyawanya. Insya Allah.



Ramadhan kali ini, Aisya paling merindui arwah atuk dan ibu pengasuhnya. Dihadiahkan al-fatihah buat mereka setiap kali Aisya terkenang. "Ya Rabb,tempatkan mereka tempat yang mulia di sisiMu". Kurang seminggu lagi Syawal bakal menggantikan tetamu Ramadhan. Sudahkan semua memuliakan Ramadhan sebaiknya? atau kemeriahan Syawal dah tenggelamkan keberkatan Ramadhan? Aisya sendiri, iAllah berusaha sehabis yang dia mampu, kali ini tidak tinggal terawih tanpa sebab dan iAllah bakal khatam sekali. Dulu-dulu masa Aisya punya lebih masa dari sekarang, masa lepas habis spm, pernah terdetik di hatinya mustahil nak khatam Quran, iyalah perempuan kan ade cuti khas. Tak sempat punya. Aisya sengih2 lagi, malunya dia. Masa belasan tahun memang semua x sempat, tapi main game, ponteng terawih sebab nak tengok drama korea sempat,tengok Tv x penah x sempat. Terlebih sempat. Nakalnya dia,adoyai .Hmmm... Hari esok mesti lebih baik dari hari ini, kan?

Pagi itu, selesai dhuha, Aisya mencapai tafsir Quran hijaunya, diselaknya helaian yang terakhirnya dibacanya Subuh tadi, Aisya sebak. Hatinya gundah, dalamnya dia menangis, Ya Allah, Kau sayang aku dan dia, ampunkan dosa kami yang menggunung, berkahi kami, jadikan kami hamba Mu yang bersyukur. Diucapkan kalimah "dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang", Aisya mula mengaji. Selesai ayat pertama, matanya melirih pada tafsir ayat tersebut,

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya [syaitan] menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu bersih [dari pekerjaan keji dan mungkar itu] selam-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui" [an Nur: 21 ]



Subhanallah, begitu dekat Dia. Hati Aisya kembali berbunga, masih sebak namun sebak dalam girang. Sweetnya Allah, pujuk Aisya hanya dengan sebaris kalamNya. Allahuakbar! Aisya meneruskan bacaannya sehingga selesai. Bimbingan Allah, hanya siapa yang mahu dan redha padaNya dan percaya padaNya, Dia pasti Mendengar. Dalam hidup ini, tidak mungkin hanya apa yang kita mahu Allah akan beri, sebab Dia hanya memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Macam oksigen, Dia beri sebab kita perlu. Kita mahu kapel2, tapi Allah mengkehendaki kita "clash", sebab? Dia lebih tahu, mungkin kita perlukan perpisahan tersebut. Macam ayat an Nur : 21, Allah nak bersihkan kita dari dosa, tak mahu kah?? Tepuk dada tanya iman sekalian.

Hidup perlukan kita berfikir, fikirlah dengan bijak wahai orang-orang yang berakal. Naqibah Aisya mengutarakan sebuah hadis,

‎"Pada hari Kiamat, penghuni neraka, yg dulunya penghuni dunia yang paling enak hidupnya didatangkan, lalu dicelupkan sekali ke neraka. Dikatakan kepadanya; 'Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kebaikan? Apakah engkau pernah merasakan kenikmatan?' Orang tersebut menjawab; 'Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku.'

Penghuni syurga, yang dulunya penghuni dunia yang paling menderita didatangkan, lalu dicelupkan ke dalam syurga. Dikatakan kepadanya; 'Wahai anak Adam, apakah engkau pernah melihat kesengsaraan? Apakah engkau pernah merasakan penderitaan? Orang itu menjawab; 'Tidak, demi Allah. Aku tidak pernah merasakan penderitaan dan melihat kesengsaran sebelum ini'."

(Hadis riwayat Muslim)

Moral? ^____________________^

  • y utk pghuni syurga, wlpn die penah derita kat dunia, kenikmatan berasa d syurga 2 mmbuatkan dia lupa sgala derita y penah dia rasa kat dunia.. 
  • y utk pghuni neraka, dia jwb x penah rasakan kenikmatan sbb ape je nikmat dunia y die penah ase 2 ilang bila die mati smpaikan die x kenal dah rsa nikmat y kat dunia 2 dsbbkan rasa seksanya duduk kat neraka..

    *hayati dan renungkanlah.. Tanyalah hati, mahu yang mana satu, idaman kalbu.. wallahualam~

Friday, August 12, 2011

keberkatan milik kita,amin

tarikh yang sama, 11 ogos setahun yang lalu, Aisya masih dalam dilema,jalan hidupnya masih belum disuluh nur Ilahi, hatinya tika itu parah,luka berdarah kerana seorang muslimin. Namun Aisya kini, hatinya berbunga riang, tenang setenang awan putih yang berarak dengan izin Allah SWT. Allah Maha Penyayang ke ats dirinya, Dia ubati Aisya dengan kalamnya Al-Quran, Dia hilangkan dukanya Aisya dengan perasaan mahabbah keluarga dan sahabat2 Aisya, dan Aisya, x akan sekali-kali melupakan sebab musabab dia bahagia dalam Tuhan tika ini. Ya, kerana muslimin tersebut, tetapi lebih tepat lagi kerana itulah kehendak Nya. Alhamdulillah.

Dihayati setiap detik hidupnya di bawah jagaan Allah SWT. Teringat perjalanan pulang ke rumah dari Kuala Lumpur tempoh hari, Aisya ingin mengaji Quran namun dia tahu yang dia akan mabuk kereta jika membaca. Lagi pula Aisya mengejar masa, takut tidak sempat khatam Ramadhan kali ini . Jadi,Aisyah kuatkan hati, diniatkan bacaannya semata-mata keranaNya, diucapnya bismillah dan Aisya mula mengaji, beberapa ketika berlalu, Aisya tidak pening bahkan bacaanya lancar dan d rasakan mudah, subhanallah, hebatnya Allah!

Dulu-dulu, jika Ramadhan datang menjengah, s0lat terawih dilakukan dengan hanya separuh hatinya, cukuplah kalau ada pergi sekali-sekali, iyalah, nama pun sunat kan. Kalau imam baca ayat panjang2, mula la hati resah gelisah, bila la nak habis. Tapi kini, bacalah wahai imam sepanjang yang mahu, Aisya suka, dia rela hati, terawih bagi Aisya umpama charger, rasa puas bila battery diri full, melengkapkan sehari-hari dalm bulan Ramadhan. Semalam selesai terawih, ada m0reh, r0ti canai, dan seorang budak lelaki melintasi Aisya, sambil memegang pinggan dan gelas, dia menjerit memanggil kawan-kawannya, " ehh k0me, cini2".

Aisya : adik nak pegi mane?
Budak Lelaki : nak pegi makan kat pondok.
Aisya : Jauhnye jalan nak makan. Akak nak sikit boleyh?
Budak Lelaki : [berhenti smbil pndg Aisya] ahhh???
Aisya : [smbil snyum], xde la adik, akak gurau je. hihi



Aisya akan berjalan pulang kaki selesai terawih, seronok merenung bulan yang bulat semalam. Sangat c0mel, sangat cantik, terang langit. Subhanallah. Emm,Tajuk usrah terakhir sebelum pulang tempoh hari adalah untuk menjauhi sifat ghurur iaitu sifat orang yang berjuang dalam jalan Tuhan tetapi merasakan diri paling hebat, betul dalam semua perkara dan berbangga dalam setiap amal yang dilakukan. Nauzubillah min zalik.

Kadang-kadang amalan yang kita buat tidak perlulah semuanya diceritakan tapi jangan pula disorokkan segala. Sebab mungkin amal yang kita tunjukkan boley jadi "inducer" atau dorongan untuk orang lain melakukan yang sama juga. Sebagai contoh, di khalayak ramai kita sedekah wang dalam tabung rumah anak-anak yatim, bila orang lain melihat kita bersedekah, hati mereka mungkin terdetik, "aku pun nak sedekah jugaklah,". "fas tabiquul khairaats" = Berlumba dalam berbuat kebaikan, inilah yang Islam anjurkan.

Surah Al Baqarah : 148
"Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan....."

Setiap apa yang kamu lakukan setelah dicontoh oleh orang lain, kita akan mendapat bahagian pahala dari Allah. iAllah~ Aisya bertahmid,bertahlil dan bertakbir. Sungguh mudah hidup jika benar kita bergantung hanya pada Allah, tentu kita akan kadang-kadang diuji, tak lain tidak bukan tujuannya utk menguji takat iman di dada, jangan selalu statik di takat lama, jangan juga menurun, iman perlu selalu dit0pup bila berkurang. Topup dengan amal, topup dengan ilmu yang tertanam di dada, jangan perap ilmu, takut dia akan hilang bila kta x beramal dengn ilmu.

Surah al-Mulk : 2
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"

Ramadhan berbaki 2 minggu lagi, banyak lagi ibadat yang perlu disempurnakan dan diperbaiki. Ingat Allah selalu supaya Allah akan sntiasa ingat kita. Ramadhan punya sejuta keberkatan,kalau x dapat sejuta, rebutlah beribu yang kita mampu.

"Sesiapa yang bpuasa Ramadhan ats dasar iman dan menghrp redha Allah, maka dosa2 nya yang lalu akan diampunkan,sesiapa yang qiam Ramadhan ats dasar iman dan mhrap redha Allah, maka dosa2 nya yang lalu akan diampunkan. sesiapa y melakukan qiam Lailatul Qadar ats dasar iman dan mharap redha Allah, maka dosa2 nya y lalu akan diampunkan" ~riwayat Bukhari dan Muslim

"Maka ingatlah padaku,Aku pun akan ingat padamu. Bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu" Al-Baqarah :152