Thursday, September 8, 2011

Lailahaillallah

Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maha Suci Allah . Segala Puji bagi Allah . Allah Maha Besar!



Kalimah-kalimah inilah yang sepatutnya meniti di bibir setiap Muslim setiap ketika. Dalam apa jua keadaan sekalipun kita wajib kembali padaNya. Hanya padaNya. Kalau terasa hidup ini payah, berusahalah memperbaikinya, namun jika masih payah, carilah hikmah disebalik kepayahan itu sebab setiap takdir Allah wajib ada manfaatnya sebab Dia sebaik perancang, Tuhan yang satu.

Syawal 1432H beri satu permulaan baru buat Aisya, betul2 genap setahun selepas peristiwa duka itu berlalu. Hatinya yang dulu dipenuhi cinta manusia kini dilimpahi kasih Ilahi tidak berbelah bahagi. Nah, cinta secintanya pada Sang Khaliq tidak pernah membuat dia kecewa, tidak pernah membuat dia berduka. Kini Aisya sedar, jalan yang kini dilalui ialah sebaik2 jalan dunia untuk ke akhirat. Jalan Tuhan yang tidak pernah berhenti menerima taubat hambaNya yang silih ganti berbuat dosa. InsyaAllah, sama2 kita berada di jalanNya.
Pernah sekali ada yang berkata pada Aisya,
" Kenapa sekarang kamu pakai tudung besar? Tak rasa susah ka?"

Aisya senyum sahaja. Niatnya memakai tudung labuh hanya satu, kerana Allah , hanya kerana Allah. Sebab bila kerana ALLAH lah, Aisya akan mula malu nak buat benda2 laen yang x mengikut syariat. Dan kalimah Allah itulah penguat buatnya untuk terus berpegang teguh pada tali Allah. Susah la macam2 mana pun di dunia ini sekarang, takut di akhirat susahnya pasti tidak mampu digambarkan. Macam2 kan perumpamaan bagi dunia ni, ada yang kata dunia ni ibarat kita menanam, hasilnya kita tuai di akhirat. Mestilah kita nak menanam dengan berhati-hatinya, supaya nanti memperoleh hasil yang baik. 

Aisya lebih suka ibaratkan dunia  ini ibarat jambatan ke akhirat. Kadang-kadang kita akan jumpa batu,kaca, paku atau kayu di tengah2 perjalanan, kita mestilah buangkan atau kita akan cedera. Samalah seperti ujian dalam hidup, kita mesti atasi mesti lawan barulah kita boleh teruskan hidup, selagi kita tak redha dengan ujian tersebut, tak cuba nak atasinya, kita akan terluka,cedera dan selagi itu kita masih di takuk lama. Kan? Dunia ini Allah jadikan best sebab apa? Pernah terlintas dalam fikiran kalian? Sebab inilah ujian kita, Sama ada kita mampu atau tidak menahan diri dari menikmati best dunia supaya kita dapat rasa BEST syurga. Dunia ini akan berakhir tapi akhirat itu sampai infinity. Nak rasa best yang boleh habis ke nak rasa BEST smpai bila2?

Sebab itu Allah kata bila akhirat 2 hari kemenangan bagi orang2 mukmin. Sebab mereka akan masuk syurga,

"Tidak sama para penghuni neraka dengan penghuni syurga; para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperoleh kemengan" al hasyr : 20

Itulah hasil tuaian mereka di dunia, hasilnya syurga. Seronok nya. Tapi nilai syurga itu terlalu mahal, sanggup x? mesti sanggup kan? kita umat Muhammad. iAllah :)

Jagalah hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah, iAllah kita selamat. Hubungan dengan manusia memang susah, tapi cuba, belum cuba belum tahu. Sekalipun kita x puas hati sangat2, diam itu lebih baik. Tapi jika kita rasa nak diam lebih2 kemungkaran itu di depan mata, masa 2, bercakaplah dengan berhikmah, itu lebih baik.
Dan ingat dengan ibu bapa, merekalah yang sepatutnya tangga atas2 dalam hati kita. Tanpa ibu bapa kita, kita ni siapalah sangat? Hidup di dunia ini singkat sangat untuk kita siakan dengan mengumpat,bercakap kosong, untuk kita bazirkan dengan nak bergaduh dengan orang lain, nak buat jahat dengan orang lain, nak prasangka buruk sebab kita xtahu mungkin sminit dua lagi, kita mati. Kan? Mati dengan semua perkara yang buruk2? Mahukah? Nauzubillahmin zalik.  

"Every good deeds c0unt, same g0es t0 the sins, whether they are like the biggest r0ck or even like the tiniest sand"

Ayat buat renungan semua,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan" Al hasyr : 18

2 comments: