Wednesday, October 26, 2011

this LOVE

"let this LOVE preserved f0r a guy who deserved"

hati Aisya tenang. Seseorang pernah menyentuh hatinya sekali, dan tika itulah Allah menguji keimanannya. Begitu berhikmah Allah mendidik diri Aisya, daripada dibelenggu cinta manusia penuh noda, Allah menarik Aisya ke sisi Nya kembali untuk dipelihara. Segala puji bagi Allah, pemilik sekian alam. Sedar bahawa setiap yang berlaku atas aturanNya, atas kehendakNya, Aisya tahu ada gantian yang lebih baik di setiap kehilangan.



Firman Allah,
"[Allah] pencipta langit dan bumi. Apabila dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata padanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu "       Al baqarah :117




Kini hatinya berlabuh kerana Allah, cukup ALLAH bagi Aisya. Siapa pemilik cintanya setelah Allah dan Rasul hanya Allah yang Maha mengetahui. Aisya tidak lagi gusar, dia percaya dan yakin pada Allah. iAllah. Dialah sebaik2 penolong dan yang memberi rahmat. Teringat peristiwa tempoh hari, Aisya dan sahabatnya masih di seksyen 7, tinggal 15 minit lagi sebelum usrahnya bermula. Aisya mula gusar, sebaik sahaja kaki mereka melangkah keluar dari KFC, hujan sudah pn turun dengan lebat sekali. ya Allah, payung tidak dibawa, kalau mahu jalan ke kampus k0nfirm basah lencun. Saat itu terasa air mata sudah mahu mengalir, tapi ditahan. "Ya Allah, usrahku!" jerit hati kecil Aisya.

Ketika mereka berdua masih berbincang, seorang pemudi menegur,

pemudi : "Adik nak balik UiTM ke? duduklah dlu, tunggu sampai hujan berhenti dulu, 
                 kalau jalan ni mesti basah punya"

Aisya cuma mampu senyum, hatinya sudah tidak tenang, dia sangat2 ingin ke usrah. Namun, tiba2 kata2 pemudi yang seterusnya membuatkan hatinya gembira. Ya Allah sungguh benar janji Mu.

Firman Allah,
" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"      [Asy-Syarh : 5-6 ]


pemudi : "Tapi kalau adik nak akak hantarkan ke dalam pn xpe, tapi tunggu hujan reda sikit  ye, j0m duduk dulu"

Aisya dan sahabantya berpandangan. Namun hatinya sudah memanjatkan kesyukuran!

Aisya : Betul ke akak? x menyusahkan akak ke? Subhanallah subhanallah.

Aisya selamat mengikuti usrahnya petang itu. Hatinya x henti2 memanjatkan syukur. Dia yakin pada Allah, tidak akan lagi ragu2 pada Allah. Apa jua yang berlaku, akan diletakkan pergantungan yang tinggi pada TuhanNya. Setiap saat dalam hidup, bersyukur dengan zahir dan batin, bukan sekadar di hati,tapi juga di setiap perbuatan, sepanjang masa. iAllah.

baru2 ni terasa yang sama ketika membuat PBL [program based learning - pelajar kena bincang kes pesakit dan bentangkan di hadapan pensyarah utk dinilai] , kali pertama dia jadi ketua, terasa beban yang berat di bahunya. PBL juga clash dgn persediaan event fac yang dianjurkan batchnya, jadi terasa ingin membelah dua badan, x cukup tenaga dan tangan. Macam2 kerenah dia terpaksa hadapi, masing2 penat, masing2 busy. Cume 1, tak mengapa, tak mengapa, itu yang hatinya sebut2. Dan segala puji bagi Allah, pada hari pembentangan, mereka bentang dengan baik. Syukur2! Jelas di wajah para pensyarah kepuas hatian mereka. Aisya terasa bahagia sekali.

Selesai membuat pembentangan, dia ke surau, melangsaikan solat dhuhanya, Aisya sujud penuh kesyukuran. Ya Allah, Ya Allah, Kau ingin hadiahkan al falah [ kejayaan] di sebalik kesulitan. Hidup kerana Allah, semuanya kerana Allah, Aisya tiada yang lain selainNya.

Perlu yang lainkah sedang ada Allah?
Perlu cinta lainkah sedang cinta Allah lebih barakah?
Perlu rasa keseorangankah sedang pasti Allah sntiasa menemani?
Perlu merungutkah sedang di setiap kesulitan bersama kemudahan?


" Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhai Nya, Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurga Ku"

[ Al fajr : 27-30 ]


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukabar!