Monday, December 26, 2011

1 safar 1433H~

subhanallah alhmdulillah allahuakbar~
apa khabar iman? apa khabar roh? apa khabar jasad?
masyaAllah, syg nya Allah pada kita.. masih diberi jasad y sempurna, kesihatan y baik, iman y tetap dan hati y tenang..

pernah terfikir di mana Allah sebenarnya? Allah bersemayam di atas Arasy Nya. Langit ke 7.. Jauhnye Allah kan. Bape jauh langit ke 7 tuh? mesti lg jauh dr bumi, dari 1 galaksi bima sakti, bahkan lg jauh dr 1 alam semesta. Kalau lah Allah pandang kita dari atas sana, alahai, keciknyaaa kitaaaa... micr0 kah? nano? ke dah tahap pic0? tapi kasih sayangNya melimpah pada kita. X pulak Dia lupa nak bg oksigen pada kita, X pernah pula Dia berhentikan degupan jantung kita msa kta tgh enak tidur.. Dialah y mengurus kita, xpenah tidur n tak pernah mengantuk..Ingat ayat kursi kn? gud2~

Hebatnya ALLAH~ "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahu segala isi hati"  al-hadid:6


Tapi kita? sebagai hamba.. Allah ber 24 jam sehari, berapa jam utk Dia? bila dah azan, brapa minit kita ambil utk bgun dr tidur, bgun dr katil ,tinggalkan kerja kta, tinggalkan facebook, twitter, ym, skype kita untuk menghadap Dia? dan berapa minit pulak kta ambil utk bersma Dia dalam setiap solat fardhu? 5 minit ada? @ ada y kurang dari 2? padahal Dia setiap detik utk kita. sentiasa sibuk, layan hamba2 Nya.

kurang mengingati Dia kita ni.. Ke ingat masa susah je? bila sakit baru "ya Allah2", bila nk exam x bley jawab baru nak "ya Allah2".. bila stress barulah "ya Allah2".. ke bukan? ke skrg jd jdi terma "shit", "damn", omg?

jauhnya kita dari Allah.. Mana jiwa Islam tuh? Mana manisnya Islam 2? Mana kecantikan Islam 2? Bagaimna agama lain nak respect Muslim andai Muslim x memegang ISLAM itu sepenuhnya? Pastu marah2 bila agama lain hina ISLAM, tidakkah kita y rosakkan sucinya Islam 2 dulu? Islam itu syumul [menyeluruh] dan melengkapi dan ISLAM itu addin, Islam itu kehidupan ikhwan akhwat sekalian. Mahu kah Islam 2 hanya tertera pda Ic je? saje je ade pktaan Islam kt situ.. hiasan~ xnak kan?

Kurang bersyukurnya kita, silap ni.. silap~ ana sndiri.. kdg terhanyut.. Dunia xkan mudah untuk ditewaskan andai hati n iman x teguh.. ujian hati ana Allah beri skarang ujian hubngan  sesama insan. Dan ana di uji dgn org y ana syg kerana Dia. Subhanallah, ujian itu tarbiyah [didikan] direct dari ALLAH. itulah kta2 seorang akhi buat ana, jgn cepat mengeluh.cepat mngaduh, cepat merungut, baru sikit Allah nk uji, sudah melatah kah? baru sedikit Allah jentik ukhuwah, dah mahu rebah kah?
tidak.. sebab ana, anta, anti, ikhwan dan akhwat sekalian, KITA UMAT MUHAMMAD~

1425 tahun hijrah sebelum ini, bagaimna Rasulullah  pada  8 H  berjuang membebaskan kota Mekah dari lingkaran jahiliyah , begitulah kita sebagai umat Nabi mesti sma kuat utk bebaskan jiwa dan hati dari belenggu jahiliyah moden dan balik pada yang satu, pada yang Esa, padaNya. Pegang pada satu, hanya Dia.  Semangat nya sama, semangatnya JIHAD sahabat2.. Allahuakbar!!

Kita x sempurna.. tiada y sempurna melainkan Dia,
dunia tak abadi sebab akhirat tu pasti,
Kita semua bersaudara,
x kira kaler apa,
sebab fitrah kita sama,
lillahi Taala~

*ya Allah, sungguh hati ini basah, air mata ini tumpah, kerana Mu, kerana rasa mahabbah [kasih syg] ku utk makhluk2 Mu.. bahagiakan kami apa2 cara yang Engkau sukai, iAllah.. :)






No comments:

Post a Comment