Sunday, December 11, 2011

Andai ia tatapan terakhir~

"C..."

Aisya memandang buku penilaian makmalnya, gred C yang baru shaja pensyarah c0retkan terasa bukan hanya tercoret di ats kertas namun berbekas di hati. Di tahap ini sahajakah aku? Penilaian lab baru shja bermula 2 mggu, itulah requirement pertama y dia lakukan. C.. C.. C..~

Sedih, Aisya sedih. Enggan melayan rasa, Aisya teruskan lagi kerjanya walau hati x tenang. Dia pujuk hati, xpe2, Allah mahu aku bermula dari bawah, Dia lebih tahu. Yakin2.

"Maka nikmat tuhanMu yang manakah ingin kamu dustakan?" ar rahman:16


Aisya pegang kuat ayat di atas, ya, Allah beri nikmat yang lain, baru dapat C sekali, perlukah merengek,merungut dan bersedih. Baru je Allah tarik 1 nikmat, kecil pula tu. Sudah2.

Kebelakangan ini, tetap terasa hatinya lain. Terasa kekurangan, terasa hati dan emosi tidak dikawal dengan baik. Yakin, ini ujian hati lagi. Kerana insan, kerana sayang sesama makhluk Tuhan, Aisya kecewa. Sayang nya Allah pada Aisya, satu demi satu ujian hati. Tak mengapa, dia terima. Sekarang Aisya dah bulatkan tekad, panahan f0kus hanya pada pelajaran. Akan dijaga hatinya, mungkin sampai ini shaja.

Aisya memanjatkan syukur, sekurangnya Allah mempertemukan mereka setelah 4 tahun berpisah semenjak sekolah dulu. Sekurangnya dia tahu bagaimana kehidupan seniornya dan segalanya. Cukup setakat itu. Sekurangnya Allah beri kesempatan dia  mengikat ukhuwah dengan namaNya, sekurangnya Aisya tidak menyesal andai ini akhirnya. Sekurangnya dia yakin Allah lebih Mengetahui perancangan terbaik buat mereka.




Aisya senyum. Ya, ckup sudah~  Dititipkan doa buat senior yang sudah dianggap sebagai kakak kandungnya, m0ga sentiasa dlm rahmah, lindungan dan barakah Allah! iAllah! Andai mlm itu tatapan terakhir, Allah tahu, Aisya sudah merasa cukup.

Apa y Allah ambil dari kita, yakinlah ada sebabnya. Yakinlah Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Dia mahu kita muhasabah, Dia mahu kita melihat Dia sebgaimna Dia memerhatikan kita.

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kita (Luh Mahfuzh) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri,"        al hadid : 22-23
 
Jom jalin silaturrahim atas nama Allah, bersabarlah dengan kesabaran Asiah terhadap suaminya Firaun. Kesabaran Khadijah bersama Muhammad dalam perjuangan Islam. Itu lebih baik bagi kita, kan?

Syukurku kpada pencipta yang telah mengikat pertalian kita.
 

" Tak kira sekuntum bunga itu harum ataupun tidak, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa juga bentuknya..tempatnya tetap di langit. Seperti persahabatan kita, tidak kira jauh atau dekat, bertemu atau tidak..tempatnya tetap DI HATI. " Sesungguhnya nilai ukhuwwah itu lebih utama..=)


.رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير...."
 ".....Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." at tahrim: 8

No comments:

Post a Comment