Wednesday, March 21, 2012

jalan yang lurus


Seorang pemuda duduk, dari tempatnya boleh melihat keseluruhan muslimat yang berada di belakang. Baru 2,3 minit duduk, dia beralih ke tempat duduk yang membelakangi muslimat. Aisya senyum, alhamdulillah, pemuda itu menjaga pandangannya, mungkin dia risau dia akan memerhatikan muslimat tanpa dia sedari, lantas beralih tempat itu langkah paling bijak. Mungkin juga dia malu, apa sekalipun, biarlah niat untuk menjaga mata, jaga hati, jaga iman, lillahi Taala.

Nah, siapa kata lelaki susah nak jaga mata? Boleh je, pilih nak @ xnak je kan? Lelaki yang c0ol bukan terletak pada hensem nya paras rupa, tapi pada indah akhlaknya. Bukan muslimah je kena jaga, muslimin kena jugak. Kalau Muka biasa2 tapi akhlak first class, memang terbaik dah la. Dari mata jatuh ke hati semua.

Kenapa perlu berubah? Kenapa perlu balik pada Allah? Kenapa? Kenapa?

Sebab itulah FITRAH. Sebab kita ada d dunia kerana ALLAH. Sebab tiada sebab lain yang PERLU ada untuk kita selain ALLAH. Kalimah penyaksian, kalimah syahadah Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah, bukan sekadar ayat kawan-kawanku. Maknanya terlalu dalam, masyaAllah.Ibnu Taimiyah menjelaskan perkataan "Ilah" itu sendiri bermaksud "segala sesuatu yang dicenderungi hati, dengan perasaan cinta, pengagungan, penghormatan, rasa takut, rasa harap dan memuliakan"

Besar kan kalimah syahadah itu? Kalaulah dapat kita letakkan seluruh jiwa raga pada ALLAH, hebatnya kita. Redha apa pun yang datang sebab kita tahu bagaimana sekalipun kita mengkehendaki sesuatu itu terjadi, contohnya lulus peperiksaan, semuanya hanya berlaku bila ALLAH mengkehendaki. Kunfayakun. Andai kita tahu esok kita bakal kemalangan, punyalah kita mengambil segala precaution untuk mengelakkan kemalangan itu berlaku, ia tetap akan berlaku jika Allah sebut "jadilah!, maka jadilah ia" [QS 36:82].

Tetapi, ini bukan bermaksud, tidak perlu usaha. Bagaimana nak menjaringkan gol andai tiada daya yang meyepak bola masuk ke dalam ?? Allah akan mengubah nasib sesuatu kaum HANYA bila kaum tersebut mula mengubah diri mereka [QS 13:11]. Tidakkah sama teorinya seperti teori Sir Isaac Newton yang pertama? Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asal, yang bergerak terus bergerak,yang pegun tetap pegun selagi TIADA DAYA yang bertindak ke atasnya.

Lihatlah persamaan ayat Allah dengan teori tersebut. Subhanallah, siapa tiru siapa? Kita sebenarnya dah tahu da teori tu sebelum belajar fizik dlu2 jika benar Al Quran itu sumber/kamu/katalog hidup kita. Tanpa daya, yakni usaha yang jitu tiada apa yang bakal berubah. Even diri kita masih di takuk lama, masih berkarat dengan perangai lama, masih bersuka huha huha dengan matlamat hidup yang masih kabur. Padahal Allah dengan terang lagi nyata menegaskan tugas kita sebagai khalifah, sebagai ahli ibadah yang apa sahaja zarah perbuatan, pengucapan dan perasaan itu milik Nya.

Sedar, bangkitlah. Bak kata ustaz Don, kita tidak akan tua untuk bertaubat dan berubah. Tiada had umur, tiada batasan pun. Anda masih mahu main2? Boleh. Masih mahu berada dalam jalan jahiliyyah? Boleh. Sebab Allah kata Dia x rugi pun jika kita xnak pada Dia. Cinta sangat pada dunia ni? Padahal nikmat dunia 1/100 dari nikmat ALLAH? yang baki 99/100 lagi Allah tinggalkan kat akhirat. Boleh. Pilih lah. Sentiasa ada 2 je pilihan, boleh pilih A atau B jep, kebaikan atau kejahilan, syurga @ neraka. Kita x boleh duduk tengah2, nak duduk tengah-tengah, xnak syurga @ neraka.

Jadilah orang-orang yang beruntung, sekali lagi, hidayah itu perlu dicari, xkan datang bergolek sendiri. Tolong bacalah Al Quran, hayatilah, fahamilah bait-bait ayat cinta Allah. Nescaya tenang itu akan datang meyelimuti hati dan diri, Allahuakbar!


"Al Quran itu tidak lain tidak bukan adalah peringatan bagi seluruh alam, iaitu bagi siapa yang menghendaki menempuh jalan yang lurus, dan kamu tidak dapat mempuh jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam" [QS 81 : 27,28,29]






No comments:

Post a Comment